Perhimpunan hari pertama persekolahan berjalan lancar.
Bergema Dewan Multaqa' dengan nyanyian lagu
Negaraku, Negeri Pahang dan Lagu Sekolah
yang penuh bersemangat oleh pelajar-pelajar.
Diikuti dengan bacaan Rukun Negara yang
diketuai oleh pelajar Pendidikan Khas.
Ucapan dari guru bertugas mingguan Pn Hjh kamriah Jusoh.
Beliau mengucapkan selamat mengikuti sesi
persekolahan 2011 kepada pelajar-pelajar.
Nasihat beliau agar tahun ini pelajar
lebih cemerlang dalam aspek kurikulum,
kokurikulum, bina insan dan perwatakan.
Jadikan budaya memberi salam sesama
pelajar dan guru pada setiap masa dan ketika.
Satu pengumuman dibaca iaitu perjumpaan
ahli Pusat Sumber Sekolah pada 5 Januari 2011
jam 3 petang bertempat di Pusat Sumber Sekolah.

Ucapan oleh Pn Zetty Azikin berkaitan buku teks.
Beliau memaklumkan agihan buku teks
akan bermula hari ini secara berperingkat
seperti berikut : Isnin - Tingkatan 3
Selasa - Tingkatan 2 & 5
Rabu - Tingkatan 1 & 4.
Setelah menerima buku teks pelajar mesti
1. menulis nama pada setiap buku yang diterima.
2. mengisi borang senarai rujukan buku teks.
3. menandatangani surat akujanji.
4. membalut setiap buku yang diterima.
Pelajar ingatkan agar membawa pulang buku teks
dan tidak meninggalkan di dalam meja di kelas.
Semakan berkala akan dibuat dari masa ke semasa
dan sesiapa yang engkar akan didenda.
Akhirnya ucapan dari En Nandakumaran
Pengetua SMK Paya Besar.
1. Mengucapkan selamat datang ke sekolah
terutama kepada pelajar tingkatan 1 yang bari mendaftar.
2. Menasihati pelajar agar tidak berlaku
kegiatan buli di sekolah.
3. Menyatakan hasrat visi sekolah
'SMK Paya Besar TOP 5' akan diteruskan
tahun ini. Memaklumkan keputusan PMR 2010
yang lalu agak memuaskan dan mengharapkan
pelajar-pelajar tingkatan 3 tahun ini akan
mengapai visi yang diimpikan.
4. Mengharapkan disiplin tahun ini lebih baik
dengan meletakkan sasaran 95% kehadiran ke sekolah.
5. Pelajar mesti mengunakan kad izin keluar
bila berada di luar kelas.
6. Progran Jejak Kasih akan di teruskan.
Akhirnya pengetua meletakkan harapan
agar tahun ini pelajar -pelajar dapat mempamirkan
pencapaian yang cemerlang seterusnya
menaikkan nama sekolah.
Majlis perhimpunan berakhir dengan
bacaan doa oleh wakil pelajar.

No comments:
Post a Comment