Pages

Friday, February 25, 2011

Perarakan Maulidur Rasul

 Perarakan Maulidur Rasul yang dirancang 
berjalan lancar.Guru-guru
bertungkus lumus membuat persediaan awal.
 Pelajar-pelajar juga sudah cukup bersedia.
 Ada yang tak sabar-sabar....
 Pelajar dikumpulkan Di Dewan Multaqa'.
Perarakan bermula dengan Bacaan Doa
oleh Ustaz Mohd Izuddin Che Ismail.
 Kemudian semua beredar ke luar Dewan.
Pihak sekolah amat berbesar hati
di atas kehadiran 
YB Dato' Hj Shafik Fauzan b Hj Shariff
yang turut sama menyertai perarakan.
 Pada jam 8.30 pagi perarakan bermula
dengan diketuai oleh 
Kontinjen Barisan Pentadbir Sekolah
& Staff SMK Paya Besar.
Turut membanggakan kehadiran En Nandakuraman
Pengetua SMK Paya Besar
yang turut sama berarak.
 Diikuti dengan pelajar-pelajar yang
berada dalam unit uniform masing-masing.
 Pelbagai sepanduk telah disediakan.
Pelajar berarak sambil diiringi dengan
Selawat ke atas Junjungan Besar
Muhammad SAW. 
 Guru-guru juga tidak ketinggalan
turut sama menyertai.
 Selesai mengelilingi Taman Guru dan
Kampung SC, pelajar-pelajar
berkumpul di padang sekolah.
 Penilaian dibuat untuk memilih
sepanduk dan kontinjen terbaik.
 Persaingan hebat-hebat kerana persediaan
yang telah dibuat oleh pelajar 
begitu bersungguh-sungguh.
 Ucapan penutup oleh En Mohamed Che Ismail
GPK HEM SMK Paya Besar
di atas kerjasama dan kehadiran
pelajar yang amat meriah dan baik sekali.
 Menjadi harapan bukan setakat berselawat
di sini sahaja.  Ahklak dan pribadi Rasulullah SAW
menjadi ikutan sepanjang zaman.
 Sebelum beredar masing-masing  
mengambil kesempatan bergambar 
dengan En Nanda.
Terima kasih kepada semua pelajar,
guru dan staff SMK Paya Besar
yang terlibat menjayakan 
Perarakan Maulidur Rasul 2011.

No comments:

Post a Comment