Pages

Monday, February 28, 2011

Perhimpunan Isnin 28 Februari 2011

 Perhimpunan di pagi Isnin 28 Februari 2011 
berjalan lancar.
 Laporan guru bertugas minggu lepas
Pn Salamiah Bani Hashim.
Beliau telah membuat teguran tentang
kedatangan lewat ke sekolah dimana 
pelajar yang didapati lewat akan didenda
melakukan kerja-kerja amal selepas
waktu persekolahn.  Dari aspek disiplin
secara keseluruhannya terkawal.  
Manakala tahap kebersihan masih boleh
dibaiki.  Kelas terbersih ialah 3KAA & 5 Syumul.

Ucapan guru bertugas minggu ini En Anuar Mohamed.
Guru lain yang bertugas ialah Pn Mastura Mohamed,
Pn Wan Nor Nini Harzelin, Pn Sarifah Mansor
dan Pn Noradilah Rabean.
Antara pengumuman yang dibaca
1.  Perjumpaan ahli Kadet Polis hari ini pada 
jam 2.40 petang di Dewan Terbuka.
2.  Perjumpaan ahli Puteri Islam hari ini pada 
jam 3.00 petang di Dewan Terbuka.
3.  Kelas tambahan seperti biasa untuk 
mata pelajaran pendidikan islam.
4.  Pelajar yang mendaftar untuk 
pertandingan MTQ diminta tunggu 
di tepi dewan multaqa' selepas perhimpunan.
5. Semua pelajar tingkatan 1, tingkatan 2, 
4 Saksama, 4 Syumul dan 4 Adil terlibat
dengan Mesyuarat Agong Koperasi 
selepas perhimpunan.
6.  Pelajar yang berminat pertandingan essei
bertajuk "Keselamatan dan Keselesaan
di jalanraya.  Boleh dapatkan borang
dari En Kamaruddin (guru pendidikan khas)
7.  Tahniah kepada semua yang telah
menjayakan larian merentas desa.
8.  Aktiviti kokurikulum minggu ini adalah
kelab dan persatuan.
Tahniah kepada kelas 3KAA & 5 Syumul.

Ucapan Pn Hjh Junaidah Jalil, setiausaha
koperasi sekolah.   Beliau memaklumkan
dividen 10% kepada ahli koperasi.

Ucapan En Hasbullah Abd Latif,
GPK Pentadbiran SMK Paya Besar.
Memakluman kepada pelajar tarikh untuk 
ujian pertama pada 7 - 9 Mac 2011.
Diingatkan pelajar tidak dibenarkan menduduki 
semula ujian jika tidak hadir tanpa sebab.
Pelajar dinasihatkan membuat ulangkaji
secukupnya.

Ucapan En Mohammad b Che Ibrahim
GPK HEM SMK Paya Besar.
Memaklumkan peratusan kedatangan 
terbaik untuk kelas 1KAA sebanyak 98.5%.
Secara keseluruhan peratus kedatangan
ialah 92.36%.  Masih lagi tidak mencapai
target 95%.  Pelajar dinasihatkan agar
sentiasa hadir ke sekolah dan tidak ponteng.

No comments:

Post a Comment