Pages

Wednesday, February 16, 2011

Perhimpunan Rabu 16 Februari 2011

Perhimpunan di pagi Rabu berjalan lancar.

Ucapan dari Tn Hj Nazli b Ismail,
GPK Kokurikulum SMK Paya Besar.

Beliau memaklumkan aktiviti kokurikulum
hari ini ialah unit Sukan dan Permainan yang akan
bermula pada jam 3.00 petang.
Aktiviti untuk esok pula ialah latihan Merentas Desa
yang akan bermula pada jam 4.30 petang.
Kehadiran pelajar adalah diwajibkan.
Akhirnya beliau mengumumkan kepada pelajar

yang ingin memohon bantuan pakaian seragam
boleh memobon sendiri secara on-line.

Aktiviti MBMMBI hari ini diisi dengan
pengucapan awam yang telah di sampaikan oleh
Najla Syafiqa bt Tarmizi dari kelas 3 Bestari.
Beliau berbicara tentang akhlak Rasulullah saw
yang wajar di contohi seperti berani,
bekerjasama, rajin dan tidak berputus asa.


Turut membuat 'public speaking' ialah
Nurziana dan Shafik dari kelas 5 Adil.
Mereka berdua berkongsi tentang
'The authobiography of the Prophet Muhammad saw."

Semoga pelajar mengambil iktibar dari

apa yang telah disampaikan sempena
maulidur rasul yang baru disambut semalam.

Rasulullah saw membawa rahmat sekelian alam
dan akhlak baginda adalah ikutan yang mesti ditauladani.


Kemudian En Sirojuddin Ibrahim
Guru Disiplin SMK Paya Besar telah
memberi taklimat disiplin berkaitan ponteng.
Beberapa tempat pelajar suka ponteng telah
dikenalpasti dan pelajar yang terlibat dengan
aktiviti tidak sihat ini akan diambil tindakan sewajarnya.
Mereka akan didaftarkan untuk Program ICU
sebagai langkah pemantauan.

Akhirnya ucapan dari En Nandakumaran
Pengetua SMK Paya Besar.
En Nanda memandang serius tentang aktiviti
ponteng. Beliau memberi amaran yang keras
kepada pelajar-pelajar agar tidak terlibat
dengan aktiviti yang tidak sihat ini.
Sewajarnya pelajar harus mendengar nasihat
beliau dan memberi tumpuan kepada pelajaran.
Kalau sekadar "suka-suka" atau "ikut kawan"
alasan itu hanya mengecewakan ibu dan bapa.
Berubahlah menjadi pelajar yang cintakan ilmu.
Sekolah gedung ilmu untuk dunia dan akhirat....

Perhimpunan berakhir jam 8.20 pagi
dengan bacaan tasbih kifarah
dan surar al-asr.

No comments:

Post a Comment