Pages

Wednesday, April 6, 2011

Sambutan Minggu Antidadah Peringkat Sekolah

 
 Di Dewan Multaqa' jam 2.30 petang telah
berlangsung Pelancaran Sambutan
Minggu Antidadah Peringkat Sekolah.
Sambutan yang bertemakan
"1 Malaysia Membanteras Dadah"
telah dihadiri oleh semua pelajar dan
guru-guru SMK Paya Besar.
 Pengerusi majlis pada sambutan kali ini
ialah Pn Jalilah Salim.
Majlis dimulakan dengan Bacaan Doa
oleh Pengerusi Kelab PPDa Sekolah.
Seterusnya Tn Hj Nazli b Ismail
GPK Kokurikulum SMK Paya Besar
membaca perutusan sempena
Sambutan Minggu Antidadah.
 Acara kemuncak apabila pelajar-pelajar 
dihidangkan dengan ceramah 
yang cukup bermaklumat oleh
En Muhammad Amri b Ali Amran
dari Agensi Antidadah Kebangsaan
Daerah Kuantan 
(Kementerian Dalam Negeri)
 Penyampaian cenderahati kepada penceramah
diatas kesudian menyampaikan ceramah.
Pihak sekolah mengucapkan penghargaan
terima kasih kepada En Muhammad Amri.
Sebelum bersurai pelajar-pelajar telah 
menyaksikan Pameran Antidadah 
yang diadakan di Dewan Terbuka.
 Selain dari pameran terdapat pelbagai
aktiviti lain yang akan diadakan seperti 
Pertandingan Melukis Poster Antidadah 
dan Kuiz Antidadah.

Menjadi harapan pendedahan yang diberikan
dapat melahirkan pelajar bebas dadah 
melalui Program Pendidikan Pencegahan
Dadah (PPDa) yang dianjurkan.
Moga pengetahuan yang diperolehi
akan menimbulkan kesedaran dan keinsafan
untuk menjauhinya dan berupaya
menentang ancaman dadah.
"SEKOLAH BEBAS DADAH
TAHUN 2012"

No comments:

Post a Comment