Sempena bulan Ramadhan yang bakal datang, pihak Panitia Pendidikan Islam akan mengadakan Program Ihya Ramadhan.
Antara objektif Program Ihya Ramadhan ialah :
1. Melahirkan generasi pelajar yang suka membaca Al-Quran.
2. Menggalakkan guru dan kakitangan untuk melipat gandakan sifat dermawan dan saling membantu antara satu sama lain.
3. Menghidupkan siang hari Ramadhan dengan amalan sunat yang amat dituntut.
Diantara aktiviti yang akan dianjurkan ialah
1. Tadarus Al-Quran untuk guru dan pelajar. Tadarus quran pelajar akan dilaksanakan ketika waktu subjek Pendidikan Islam.
2. Majlis Khatam Quran dan Sumbangan Hari raya akan diadakan pada 24 Ramadhan. Untuk makluman semua, pihak sekolah akan menyediakan ganjaran kepada pelajar yang berjaya khatam semua surah Al-Quran secara individu sepanjang bulan Ramadhan. Jadi kepada pelajar yang berkeinginan menyahut cabaran Khatam Al-Quran secara individu, sila beri nama kepada guru Pendidikan Islam kelas masing-masing selewat-lewat Jumaat ini.
3. Majlis Ilmu untuk pelajar perempuan akan bermula jumaat ini pada pukul 12.00 tengahari di surau. Cenderahati akan diberikan kepada pelajar yang menghadiri Majlis Ilmu sepanjang bulan Ramadhan ini.
Jadi sama-samalah kita menghidupkan bulan Ramadhan ini. Terima kasih.
No comments:
Post a Comment