Perhimpunan pagi Isnin berjalan lancar.
Laporan guru bertugas En Azman Ridwan Abdullah.
1. Perhimpunan awal 7.20 pagi berjalan dengan baik.
Kedatangan awal pagi pun bertambah baik.
2. Teguran dari segi disiplin pelajar tidak dibenarkan
memakai pakaian Kokurikulum @ PJK
sepanjang bulan ramadhan.
Kelas terbersih ialah 5 Syumul dan 3KAA.
Nasihat dari Pn Sakinah Guru Cemerlang Kaunselor.
1. Menasihati pelajar agar membudayakan
budaya mencatat.
2. Memotivasikan pelajar agar sedar bahawa
mereka adalah umat yang terbaik umat Islam.
3. Menasihati pelajar agar mengamalkan
budaya memberi salam kepada guru dan kawan.
Ucapan En Ahmah Rahimee Yusuff.
1. Mengucapkan tahniah kepada pelajar yang
dapat menghadirkan diri awal ke sekolah.
2. Menasihatkan pelajar menjaga
kebersihan sekolah terutamanya tandas sekolah.
3. Memberi amaran kepada pelajar yang
tidak bermain mercun jika tidak tindakan
tegas rotan akan diambil.
4. Meningatkan pelajar agar berpakaian sekolah
lengkap sepanjang ramadhan kecuali
hari Rabu pelajar dibenarkan memakai
pakaian unit beruniform.
5. Semua pelajar dingatkan agar melengkapkan
buku kokurikulum dengan menbuat
2 salinan sijil untuk dimasukk ke dalam buku.
No comments:
Post a Comment