Perhimpunan pagi Isnin berjalan lancar.
Laporan dari guru bertugas Pn Ramlah Abd Hamid.
Beliau memberi teguran kepada pelajar dari
aspek kebersihan, kedatangan ke sekolah
dan kekemasan. Semoga masa akan datang
semua pelajar dapat membuat perubahan diri
yang positif dan lebih baik.
Kelas terbersih minggu ini ialah 4 Syumul & 2 KAA.
Pengumuman dari En Muhammad Amran
berkaitan perkeliling terkini mengenai
Seven Colors Crystal Ball (7CCB) iaitu
ia termasuk dalam barang yang terlarang
kerana ia boleh mendatangkan bahaya
kepada pelajar.
Ucapan Pn Sakinah Abd Latif
Guru Kaunselor Cemerlang SMK Paya Besar.
Beliau mengucapkan tahniah kepada 40 orang
pelajar yang terpilih untuk mengikuti
Progran BUKA ke Fraser Hill.
Hasilnya mereka membawa pulang keazaman
untuk mengubah sekolah agar menjadi
yang terbaik....
Ucapan En Mohamad Che Ibrahim
GPK HEM SMK Paya Besar.
Beliau mengucapkan tahniah kepada
peserta Program BUKA.
Di samping En Mohamad memberi peringatan
kepada pelajar berkaitan dengan pergaduhan.
Nasihat beliau agar pelajar tidak terlibat
dengan aktiviti tidak sihat ini. Tindakan
seperti rotan atau buang sekolah boleh
diambil jika pelajar engkar.
Ucapan En Ahmad Rahimee Yusoff
GPK Kokurikulum SMK Paya Besar.
Beliau megumumkan pelajar berkaitan
markah kokurikulum. Borang pemarkahan
telah diedarkan dan pelajar diminta membuat
salinan sijil kokurikulum yang berkaitan.
Pada hari Rabu nanti pelajar boleh membuat
pemarkahan untuk semua unit beruniform,
kelab & persatuan serta sukan & permainan.
Kemudian serahkan Buku Kokurikulum
kepada guru kelas masing-masing.
Semoga minggu ini lebih baik dari
minggu-minggu yang lalu....
No comments:
Post a Comment