Pages

Wednesday, March 7, 2012

Keputusan STPM 2011

 Alhamdulillah, segala yang tersirat sudah tersurat.
Keputusan STPM 2011 telah diumumkan.
Syabas dan tahniah kepada calon-calon STPM 2011
kerana telah menunjukkan keputusan yang memberangsangkan.
 Pelajar yang hadir bersama ibu bapa masing-masing.
Majlis bermula dengan Bacaan Doa oleh 
pelajar PraU Mohd Hashim. 
 Ucapan oleh Yang Berbahagia
Datin Hjh Ezizah Hj Hashim Pengetua SMK Paya Besar.
Beliau mengumumkan kedudukan SMK Paya Besar
yang mendapat tempat ke 4
daripada 12 buah sekolah daerah Kuantan
dengan peratus lulus 94.59% dan PNGK 2.37. 
Seramai 22 orang pelajar mendapat 4P 
dan 16 orang pelajar cemerlang 
dengan keputusan 2.67 ke atas.
 Masing-masing menunggu dengan penuh debaran....
 Tahniah dan syabas !!!
1.  Rian Nordiansyah b Ramli - 3.58
2. Mohd Syafiq b Ahmad Dusuki - 3.50
3.  Nurul Amila bt Abd Rahman - 3.42
4.  Nur Hikmah bt Abdullah Sani - 3.25
5.  Ahmad Syahir b Omar - 3.09
6.  Abu Syahid b Omar - 3.08
7.  Fadhillatul Sa'adah bt Nadzeri - 3.08
8.  Muhammad Ashari b Rosli - 2.92
9.  Nurnazreena bt Nazam Suhaimi - 2.83
10.  Mohammad Hafifi Faiz b Azmi - 2.83
11.  Nadhirah bt Jailani - 2.83
12.  Norhidayah bt Ab Majid - 2.83
13.  Mohd Zaki b Zulkifli - 2.75
14.  Noorfarahanim bt Rahimi - 2.75
15.  Harismanto b Tamrin - 2.67
16.  Norfathiha bt Zulkifli - 2.67
Semoga kejayaan menjadi dorongan buat 
calon-calon STPM 2012.
Sememangnya inilah hasil tuaian anda semua...
Dan yang anda menjadi kebanggaan ayah bonda...
Doa kami semoga semua dapat
 melangkah ke menara gading yang diimpikan....

Alhamdulillah, ternyata usaha-usaha yang telah
dijalankan sepanjang tahun 2011 untuk pelajar prauniversiti
membuahkan peningkatan prestasi pelajar yang mengalakkan.
Bermula dengan Lawatan Timbalan Pengarah Pelajaran Pahang,
En Yahya bin Zainal Abidin pada awal tahun 2011
telah memberi motivasi intrinsik yang berkesan.
Disamping kelas tambahan yang diadakan, 
pelajar juga mendapat sentuhan daripada
En Roslan Mansor, En Jamal Musa dan En Yusuf Kasim
pegawai-pegawai dari Jabatan Pelajaran Pahang
dalam Program Semi Forum Prauniversiti.
Program BUKA yang telah diadakan di Fraser Hills
atas tajaan YB Dato' Shafik Fauzan juga sedikit
sebanyak berjaya membantu pelajar bijak
menangani stress pada saat akhir sebelum 
menghadapi peperiksaan.
 
Pihak sekolah mengucapkan jutaan penghargaan
kepada semua pihak yang terlibat membantu
pelajar-pelajar meningkatkan prestasi hingga 
tercapai slogan SMK PAYA BESAR TOP 5!!!

No comments:

Post a Comment