(PERHATIAN : ini contoh sijil je...)
Perhatian pelajar 5 SYUMUL 2011,
calon-calon yang menduduki peperiksaan
mata pelajaran PRINSIP PERAKAUNAN.
Permohonan SIJIL LCCI hanya boleh dibuat
oleh calon yang mempunyai
KOD KELAYAKAN MEMOHON SIJIL LCCI
pada keratan keputusan SPM.
Sila semak slip masing-masing dan jika LAYAK
sila datang ke sekolah dan berhubung dengan
KP Prinsip Perakaunan, Pn Hjh Rosaini Jusoh.
Beliau akan menerangkan dan membantu
anda apa yang harus dilakukan seterusnya.
Calon hendaklah membuat permohonan
dalam tempoh 30 hari dari tarikh keputusan
peperiksaan SPM diumumkan.
Kadar bayaran bagi permohonan sijil ialah RM25.00
Sila bawa bersama
1. Satu (1) salinan keratan keputusan SPM
yang memaparkan kod kelayakan sijil LCCI
2. Satu (1) salinan kad pengenalan.
Semua (1&2) mesti disahkan oleh Pengetua Sekolah
atau Pegawai Kerajaan Kumpulan A.
3. Wang Pos/Kiriman Wang/ Bank Draf
ditulis atas nama
LCCI INTERNATIONAL QUALIFICATIONS
(MALAYSIA) SDN. BHD.
HARAP MAKLUM.
No comments:
Post a Comment