Pages

Thursday, March 22, 2012

MAKLUMAN SEMAK SEMULA SPM


Calon-calon SPM 2011 yang baru mendapat
keputusan SPM 2011 dan ingin membuat
PERMOHONAN SEMAK SEMULA 
KEPUTUSAN SPM 2011
boleh berbuat demikian dalam tempoh
30 hari dari tarikh keputusan diumumkan.
Sesiapa yang ingin membuat permohonan tersebut
sila datang ke sekolah dan berhubung dengan
Setiausaha Peperiksaan SPM Pn Noorizam Daud.
Beliau akan menerangkan dan membantu 
apa yang harus dilakukan seterusnya.

Kadar bayaran semak semula ialah 
RM50.00 bagi setiap mata pelajaran.

Sila bawa bersama :

1.  Satu (1) salinan keratan keputusan peperiksaan SPM.

2.  Markah peperiksaan percubaan.

3.  Sijil/pernyataan pelaksanaan pentaksiran 
berasaskan sekolah.

(SEMUA (1, 2,3) mesti disahkan oleh Pengetua Sekolah
atau Pegawai Kerajaan Kumpulan A)

4.  Dua (2) naskah sampul surat (11 cm X 22 cm) 
bernama dan beralamat sendiri yang telah
dilekatkan setem RM0.60.

5.  Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf 
ditulis atas nama Pengarah Peperiksaan.
 

Borang permohonan yang diterima 
selepas 30 hari daripada tarikh 
pengumuman rasmi keputusan SPM
tidak akan diproses.

Keputusan permohonan akan dimaklumkan
melalui surat rasmi dalam tempoh 
dua (2) bulan daripada tarikh tutup permohonan.

HARAP MAKLUM.

No comments:

Post a Comment