Pages

Wednesday, March 28, 2012

PERTANDINGAN KEPENGGUNAAN SEMPENA HARI PENGGUNA MALAYSIA 2012

Tahun 2012 merupakan tahun Ke-11 Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) dengan sokongan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menganjurkan Pertandingan Kepenggunaan sempena Hari Pengguna Malaysia.

Pada tahun ini, FOMCA menawarkan hadiah wang tunai yang berjumlah RM200,000 untuk dimenangi. Semua peserta yang menyertai pertandingan kepenggunaan akan diberikan Sijil Penyertaan. 10 jenis pertandingan kepenggunaan yang akan dipertandingkan pada tahun ini adalah seperti berikut :-
  • Pertandingan Mengarang Esei Kepenggunaan
  • Pertandingan Melukis Poster dan Mereka Bentuk Poster Grafik Kepenggunaan
  • Pertandingan Melukis Kartun Kepenggunaan
  • Pertandingan Blog Kepenggunaan
  • Pertandingan Fotografi Kepenggunaan
  • Pertandingan Buku Skrap Kepenggunaan
  • Pertandingan Video Montaj
  • Pertandingan ‘Speak Up’
  • Pertandingan Mewarna Kepenggunaan
  • Pertandingan Anugerah Penyertaan Terbanyak Peringkat Sekolah
Pelajar-pelajar yang berminat untuk menyertainya 
boleh merujuk brosur di 

Borang penyertaan boleh di muat turun di http://www.mypengguna.com

Sebagai pengiktirafan kepada guru dan pelajar
Anugerah Peryertaan Peringkat Sekolah
turut diadakan.  
Apalagi pelajar-pelajar SMK Paya Besar,
jangan lepaskan peluang ini....

No comments:

Post a Comment