BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM ,
ASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH
Al-hamdulillah kita dipanjangkan usia, sihat tubuh
badan untuk dipertemukan lagi pada
tanggal 16 Mei, bagi sambutan hari guru
pada tahun 2012.
Tujuan sambutan HARI GURU ini diadakan adalah untuk memperingati jasa guru yang tidak
terhingga, yang telah dicurahkan untuk pembangunan diri insan dari semua aspek kehidupan manusia. Tanpa guru siapalah kita hari ini....
Tema hari guru tahun ini adalah GURU INOVATIF
MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA. Tema ini sangat sesuai dengan peranan guru masa kini
yang lebih mencabar, kerana ilmu boleh diperolehi melalui berbagai media,
tidak seperti zaman dahulu di mana pelajar bergerak dan berusaha mencari dan
mendapatkan guru. Pada masa kini ILMU
boleh diperolehi di hujung jari melalui media elektronik.
Guru perlu kreatif dan inovatif bagi menarik minat
seterusnya melonjakkan kecemerlangan Pendidikan Negara bagi melahirkan modal insan cemerlang untuk
memimpin dan membangunkan negara maju 2020.
Harapan semua guru SMK Paya Besar agar pelajar dapat mencipta legasi, sejarah diri ketika
masih berada di sekolah dengan kecemerlangan.
ILMU dapat transfom diri menjadi insan berkualiti yang tinggi martabat dimata masyarakat
seterusnya dunia. Berbagai program disediakan di sekolah agar pelajar
menggunakan peluang dan ruang untuk menimba PENGALAMAN. PENGALAMAN adalah
guru yang paling EFEKTIF dan BERKESAN yang tak mampu dibayar dalam proses pembelajaran.
Akhir kata, SELAMAT HARI GURU untuk semua yang
bergelar guru, termasuk ibubapa yang menjadi GURU PERTAMA dalam kehidupan kita.
Semoga guru-guru sentiasa dalam RAHMAT dan KEREDHAAN ALLAH .
Datin Hjh Ezizah Hj Hashim, AMP.
Pengetua SMK Paya Besar
Kuantan Pahang Darul Makmur
Pengetua SMK Paya Besar
Kuantan Pahang Darul Makmur
No comments:
Post a Comment