Pages

Wednesday, May 16, 2012

Amanat Hari Guru 2012

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM ,
ASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

Al-hamdulillah kita dipanjangkan usia, sihat tubuh badan untuk dipertemukan lagi  pada tanggal 16 Mei, bagi  sambutan hari guru pada tahun 2012.

Tujuan sambutan HARI GURU  ini diadakan  adalah untuk memperingati jasa guru yang tidak terhingga, yang telah dicurahkan untuk pembangunan diri insan dari semua aspek kehidupan manusia.   Tanpa guru siapalah kita  hari ini....

Tema hari guru tahun ini adalah GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA. Tema ini sangat sesuai dengan peranan guru masa kini yang lebih mencabar, kerana ilmu boleh diperolehi melalui berbagai media, tidak seperti zaman dahulu di mana pelajar bergerak dan berusaha mencari dan mendapatkan  guru. Pada masa kini ILMU boleh diperolehi di hujung jari melalui media elektronik.

Guru perlu kreatif dan inovatif bagi menarik minat seterusnya melonjakkan kecemerlangan Pendidikan Negara bagi  melahirkan modal insan cemerlang untuk memimpin dan membangunkan negara maju 2020. 

Harapan semua  guru SMK Paya Besar agar pelajar  dapat mencipta legasi, sejarah diri ketika masih berada di  sekolah dengan kecemerlangan.

ILMU dapat transfom diri menjadi insan berkualiti  yang tinggi martabat dimata masyarakat seterusnya dunia. Berbagai program disediakan di sekolah agar pelajar menggunakan peluang dan ruang untuk menimba PENGALAMAN.  PENGALAMAN   adalah guru yang paling EFEKTIF dan BERKESAN yang tak mampu dibayar dalam proses pembelajaran.

Akhir kata, SELAMAT HARI GURU untuk semua yang bergelar guru, termasuk ibubapa yang menjadi GURU PERTAMA dalam kehidupan kita. 

Semoga guru-guru sentiasa dalam RAHMAT dan KEREDHAAN ALLAH . 

Datin Hjh Ezizah Hj Hashim, AMP.
Pengetua SMK Paya Besar
Kuantan Pahang Darul Makmur

No comments:

Post a Comment