Pagi ini di Dewan Multaqa' telah berlangsung
satu majlis ringkas iaitu
Pelancaran Karnival KoKuria 2012.
KoKuria adalah gabungan aktiviti kokurikulum
dan akademik yang bertujuan untuk
memantapkan ilmu yang tidak didapati
secara langsung di bilik darjah.
Oleh itu aktiviti ini dirancang agar pelajar
dapat memantapkan kemahiran dan pengalaman mereka.
Majlis diacarakan oleh Pn Mastura Mohamed
dimulakan dengan Bacaan Doa oleh
Ustaz Mohamed Izuddin Che Ismail.
Ucapan perasmian telah disampaikan oleh
YBhg Datin Hjh Ezizah Hj Hashim
Pengetua SMK Paya Besar.
Kemudian diikuti dengan taklimat aktiviti
oleh Pn Hjh Sh Faridah Hanim
Ketua Bidang Vokasional & Teknologi.
Majlis berakhir dengan Pelancaran Gimik Karnival
yang disempurnakan oleh YBhg Datin Hjh Ezizah.
Semoga aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan
sebaik mungkin.
No comments:
Post a Comment