Pages

Thursday, August 30, 2012

Pot luck Raya....

 Panitia KHB bersama guru-guru praktikum
mengadakan potluck raya di bilik masak.
Huhu... selagi bulan syawal tak habis
maka macam-macam jamuan ada....
Moga terjalin ukhwah tererat persabahatan....

Wednesday, August 29, 2012

Jamuan & Sambutan Hari Raya Pendidikan Khas

 Jamuan dan Sambutan Hari Raya telah diadakan
oleh Pendidikan Khas SMK Paya Besar.
 Alhamdulillah semua tetamu yang hadir
dapat menikmati juadah raya yang lazat.
 Tidak ketinggalan.... syoknya dapat duit raya lagi.....
Jutaan terima kasih atas kesudian Unit Pendidikan Khas
menjamu guru-guru dan staf SMKPB.

Perhimpunan Rabu 29 Ogos 2012

 Perhimpunan pagi Rabu berlangsung 
di Dewan Terbuka.
Selesai perhimpunan pelajar-pelajar
berkumpul di bawah unit-unit kokurikulum masing-masing
untuk menyelaraskan markah kokurikulum
untuk tahun 2012.

Tuesday, August 28, 2012

Latihan Kebakaran

 Latihan kebakaran telah diadakan melibatkan
semua warga SMK Paya Besar.
Semua pelajar berkumpul di padang SMK Paya Besar.
Taklimat ringkas telah disampaikan oleh
En Muhamad Amran.

Monday, August 27, 2012

Perkonsian Bestari

Perkongsian Bestari berjalan lancar.
Semua guru berkumpul di Bilik Gerakan Siti Khadijah.
Beberapa maklumat penting dikongsi
bersama oleh En Ahmad Rahimee
GPK Kokurikulum SMK Paya Besar.

Lawatan Pegawai JPNP

Sekolah mengalu-alukan kedatangan 
Tn Hj Raauf b Hj Jali, AAP., AMP., 
Ketua Sektor
Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan,
Jabatan Pelajaran Negeri Pahang
ke SMK Paya Besar. 
Semoga tererat hubungan antara pihak sekolah dan jabatan.

Peperiksaan Percubaan PMR 2012

Hari ini Peperiksaan Percubaan PMR 2012
diteruskan selepas bercuti sempena hari raya.
Selamat maju jaya kepada semua.
Terus berjuang hingga titisan terakhir,.

Perhimpunan Isnin 27 Ogos 2012

Selamat kembali ke sekolah kepada semua warga
SMK Paya Besar setelah bercuti selama seminggu
dan menyambut Syawal 1433H.

Perhimpunan pagi Isnin berjalan lancar.
Pelajar-pelajar berkumpul di Dewan Terbuka SMKPB.
Guru bertugas En Mohd Fadzil Mohamed 
membuat laporan.  Pelajar juga turut
diberi taklimat Latihan Kebakaran & Kecemasan.
Perhimpunan diakhiri dengan nasihat dari
En Hasbullah Abd Latif GPK Pentadbiran SMKPB.

Sunday, August 19, 2012

Salam Aidil Fitri

Salam Aidil Fitri 1433 H
untuk seluruh warga SMK Paya Besar.
Maaf Zahir dan Batin

Saturday, August 18, 2012

Perutusan Hari Raya 'Aidul Fitri 1433H


Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Terlebih dahulu saya ucapkan selamat menjalankan ibadah puasa, saya harap amalan tahun ini lebih baik dan sempurna dari tahun lepas  dengan pertambahan ilmu dan pengalaman yang dilalui pada tahun-tahun sebelum ini. Tahniah dan syabas kerana kita dapat menyempurnakan dengan baik pada tahun ini.

Kita dilatih oleh ibadat puasa  dalam mendisiplin diri untuk menjalani   kehidupan kita untuk  masa-masa yang mendatang seperti menahan diri dari perkara yang dilarang, tidak membazirkan masa dan mengisi masa dengan pekara yang berfaedah, membanyakkan  ibadah dan  amalan kebajikan.

Latihan sepanjang bulan puasa patut diteruskan, menjadikan kita orang yang berdisiplin, ketinggian budi dan akhlak, berkeyakinan diri, gigih berusaha serta bertawakal Allah SWT. 

Kesungguhan dan keikhlasan guru dalam menjalankan tanggungjawab adalah sebagai ibadah, manakala kesungguhan murid dalam menjalankan tanggungjawab  mencari ilmu, mendengar nasihat dan menurut perintah  guru   juga  adalah satu  ibadah dan mendapat ganjaran dari Allah SWT. Kaedah inilah menjadi pegangan kita untuk membangunkan sahsiah diri dan juga meningkatkan pencapaian kecemerlangan sekolah.

Dengan kesempatan ini, saya sebagai pengetua  merakamkan ucapan Selamat Hari Raya 'Aidul Fitri kepada  guru, murid, serta kakitangan sekolah dan tak lupa juga kepada individu yang memberi sumbangan berupa buah fikiran dan material dalam  membantu  meningkatkan prestasi  pencapaian sekolah, sama ada dalam bidang akademik atau kokurikulum. Semoga di atas sumbangan tuan-tuan Allah SWT sahaja yang akan membalasnya.

Dikesempatan ini saya memohon kemaafan kepada semua guru, kakitangan sekolah, murid, ibubapa dan kepada individu yg sentiasa memberi kerja sama dan sumbangan kepada sekolah.

Marilah  kita sama-sama berdoa agar sekolah  sentiasa dalam Peliharaan Allah SWT, mendapat  Keberkatan  dan Rahmat dari Allah SWT, sentiasa  mencapai kejayaan cemerlang dalam akademik dan kokurikulum, dapat membentuk sahsiah murni pelajar dan  sentiasa  menjadi sekolah  yang terkehadapan dari semua bidang.

Akhir kata, sekali lagi saya mengucapkan Selamat Hari Raya 'Aidul Fitri.

Sekian terima kasih,
Wassalam.

Wednesday, August 15, 2012

Salam Lebaran 2012

Salam Lebaran Aidil Fitri untuk 
seluruh warga SMK Paya Besar.
Maaf Zahir dan Bathin.
Semoga Allah swt menerima semua amalan
ibadah sepanjang bulan Ramadhan.

Lawatan Pegawai JPNP

Pihak sekolah berbesar hati menerima kedatangan
YBhg En Wan Abdul Hamid Wan Mohamed
Ketua Sektor Pengurusan Sekolah dari
Jabatan Pelajaran Negeri Pahang.
Beliau mengambil sedikit masa berkunjung 
ke Bilik Guru dan beramah mesra dengan guru-guru.
Semoga lawatan YBhg Tuan akan mengeratkan
lagi hubungan antaran sekolah dan pihak JPNP.

Majlis Khatam Al-Qur'an & Sumbangan Hari Raya 2012

 Majlis Khatam Al-Quran dan Sumbangan Aidil Fitri 2012
berjalan lancar di Surau Al-Hikmah.
 Semua pelajar berkumpul dan diperdengar
bacaan suci Al-Quran yang dibaca oleh
pelajar-pelajar yang berjaya mengkhatamkan 
Al-Quran sempena Ramadhan tahun ini.
En Hasbullah Abd Latif  GPK Pentadbiran SMK Paya Besar
memberi sedikit ucapan dalam majlis ini.
 Penyampaian cenderahati kepada pelajar-
pelajar khatam Al-Qur'an.
 Penyampaian sumbangan Hari Raya 
kepada pelajar anak yatim dan yang memerlukan 
sempena Hari Raya 2012
Semoga sedikit sumabngan akan mengembirakan
pelajar untuk menyambut hari lebaran nanti.

Monday, August 13, 2012

Selamat Maju Jaya

 Bermula perjuangan di Dewan Multaqa'
di mana pelajar-pelajar tingkatan 3 
menduduki Peperiksaan Percubaan PMR 2012.
Seluruh warga SMK Paya Besar mengucapkan
SELAMAT MAJU JAYA!!!!

Perhimpunan Isnin 13 Ogos 2012

Perhimpunan pagi Isnin berjalan lancar.
Pelajar-pelajar berkumpul di Dewan Terbuka.
Seperti biasa nasihat dan teguran guru
diharap menjadi peringatan buat semua pelajar.

Friday, August 10, 2012

Ceramah Nuzul Al-Qur'an 2012

 Ceramah Nuzul Al-Qur'an 2012 telah diadakan 
di Dewan Multaqa' yang melibatkan seluruh warga SMKPB.
 Ceramah bertajuk Penghayatan Nuzul Al-Qur'an
di Kalangan Individu Muslim telah disampaikan oleh
En Mohd Nor Hidayat bin Abu Bakar,
Penolong Pengarah Hal Ehwal Islam, JAKIM
(Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Qur'an).
Semoga semua yang hadir dapat menghayatinya.
Disamping itu turut diadakan pameran bagi
mempamirkan kesilapan-kesilapan dalam
pengurusan Al-Qur'an dan cara pelupusannya.

Seminar Teknik Menjawab Biologi SPM 2012

 Di Bilik Kuliah Za'aba telah diadakan 
Seminar Teknik Menjawab Biologi SPM 2012
untuk pelajar 5 Saksama.
 Seminar telah dikendalikan oleh 
Pn Hjh Che Hanisah Che Ismail.
Diharap pelajar akan dapat menunjukkan 
keputusan yang cemerlang untuk peperiksaan nanti.

Majlis Bacaan Yaasin

Di pagi Jumaat penuh baraqah 
seluruh warga SMK Paya Besar 
berkumpul di Dewan Multaqa' bersama-sama
membaca surah Yaasin.
Selesai bacaan Yaasin diikuti pula bacaan doa
yang diketuai oleh Ustaz Izuddin Che Ismail
bagi memohon keselamatan dan kesejahteraan
dari Allah swt untuk seluruh warga SMKPB.

Thursday, August 9, 2012

Program Diskusi Bestari 2 2012

Program Diskusi Bestari ke 2 telah diadakan.
Kali ini melibatkan pelajar kelas
4 MPV, 4 Cemerlang dan 4 Damai.
Perbincangan berterusan antara pihak sekolah dan
ibu bapa bagi memastikan anak-anak pelajar
terus cemerlang dalam akademik, disiplin dan sahsiah diri.

Seminar Teknik Menjawab Pendidikan Islam SPM 2012

Bertempat di Dewan Multaqa' telah diadakan
Seminar Teknik Menjawab Pendidikan Islam SPM 2012
untuk semua pelajar Tingkatan 5.
Penceramah jemputan.
Sesi diskusi bersama pelajar.
Semoga pelajar mendapat manafaat 
sebagai persiapan untuk peperiksaan nanti.