Pages

Saturday, August 18, 2012

Perutusan Hari Raya 'Aidul Fitri 1433H


Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Terlebih dahulu saya ucapkan selamat menjalankan ibadah puasa, saya harap amalan tahun ini lebih baik dan sempurna dari tahun lepas  dengan pertambahan ilmu dan pengalaman yang dilalui pada tahun-tahun sebelum ini. Tahniah dan syabas kerana kita dapat menyempurnakan dengan baik pada tahun ini.

Kita dilatih oleh ibadat puasa  dalam mendisiplin diri untuk menjalani   kehidupan kita untuk  masa-masa yang mendatang seperti menahan diri dari perkara yang dilarang, tidak membazirkan masa dan mengisi masa dengan pekara yang berfaedah, membanyakkan  ibadah dan  amalan kebajikan.

Latihan sepanjang bulan puasa patut diteruskan, menjadikan kita orang yang berdisiplin, ketinggian budi dan akhlak, berkeyakinan diri, gigih berusaha serta bertawakal Allah SWT. 

Kesungguhan dan keikhlasan guru dalam menjalankan tanggungjawab adalah sebagai ibadah, manakala kesungguhan murid dalam menjalankan tanggungjawab  mencari ilmu, mendengar nasihat dan menurut perintah  guru   juga  adalah satu  ibadah dan mendapat ganjaran dari Allah SWT. Kaedah inilah menjadi pegangan kita untuk membangunkan sahsiah diri dan juga meningkatkan pencapaian kecemerlangan sekolah.

Dengan kesempatan ini, saya sebagai pengetua  merakamkan ucapan Selamat Hari Raya 'Aidul Fitri kepada  guru, murid, serta kakitangan sekolah dan tak lupa juga kepada individu yang memberi sumbangan berupa buah fikiran dan material dalam  membantu  meningkatkan prestasi  pencapaian sekolah, sama ada dalam bidang akademik atau kokurikulum. Semoga di atas sumbangan tuan-tuan Allah SWT sahaja yang akan membalasnya.

Dikesempatan ini saya memohon kemaafan kepada semua guru, kakitangan sekolah, murid, ibubapa dan kepada individu yg sentiasa memberi kerja sama dan sumbangan kepada sekolah.

Marilah  kita sama-sama berdoa agar sekolah  sentiasa dalam Peliharaan Allah SWT, mendapat  Keberkatan  dan Rahmat dari Allah SWT, sentiasa  mencapai kejayaan cemerlang dalam akademik dan kokurikulum, dapat membentuk sahsiah murni pelajar dan  sentiasa  menjadi sekolah  yang terkehadapan dari semua bidang.

Akhir kata, sekali lagi saya mengucapkan Selamat Hari Raya 'Aidul Fitri.

Sekian terima kasih,
Wassalam.

No comments:

Post a Comment