Pelancaran Kempen Anti Ponteng dan Buli
peringkat sekolah
telah dilancarkan pada 7 Jan 2013.
Program dimulakan dengan taklimat berkaitan dengan Kempen
oleh GPK Hal Ehwal Murid
En Muhammad Bin Che Ibrahim.
Disamping itu beliau juga memperkenalkan
pemakaian tali leher kepada semua pelajar lelaki.
Peraturan pemakaian tali leher ini
telah diluluskan oleh PIBG sekolah.
Selain itu semua pelajar perlu fokus untuk berjaya
dalam bidang akademik dan kokurikulum.
Ianya tidak akan tercapai sekiranya para pelajar
masih terlibat dengan masalah ponteng dan buli
Perasmian penutupan Kempen oleh
YBhg Datin Hjh Ezizah Bt Hj Hashim,
Pengetua SMK Paya Besar.
Jadilah seorang murid yang disukai oleh semua orang
dan diharapkan semua pelajar SMK Paya Besar
akan beroleh kejayaan di dunia dan akhirat.
No comments:
Post a Comment