Pages

Monday, March 11, 2013

Perhimpunan Isnin 18 Feb 2013


Perhimpunan pagi Isnin berjalan lancar di
Dewan Multaqa'.  Guru bertugas mingguan
En Kamaruddin B. Abd Ghani membuat
laporan mingguan.  Antara tegurannya ialah
terdapat dalam kalangan pelajar tidak
menggunakan jejantas untuk melintas.
Kemudian terdapat pelajar yang mula meninggalkan 
buku teks dalam laci meja
dan mengharapkan pelajar arus perdana
menghormati pelajar Pendidikan Khas dan tidak mengejek-ejek
mereka agar perkara yang tidak elok tidak akan berlaku.


Selepas itu, Ketua Pengawas pula memberi teguran
dan nasihat kepada pelajar tentang pakaian 
uniform sekolah.  Harapan semua pelajar akan
mengikuti peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.


Pn Ramlah Bt Abd Hamid pula mengumumkan pada
Kejohanan Petanque MSSD Kuantan yang diadakan pada
4-5 Feb 2013 Di Gelanggang Petanque Balok wakil sekolah
telah menunjukkan pencapaian yang memberangsangkan kerana 16
buah sekolah yang bertanding, SMKPB berjaya menempatkan diri dalam kedudukan yang ke 4 & 5 untuk setiap Kategori.
Tahniah diucapkan kepada 
Putri Nur Alia Nasuha Bt Mohd Nor
JOHAN
Kategori 18 tahun perempuan


Diikuti pula ucapan dan 
nasihat kepada pelajar oleh 
CR Sakinah Bt Abdul Latif selaku Kaunselor Cemerlang Sekolah
dan akhirnya ucapan oleh
En Mohamad B. Che Ibrahim,
Guru Penolong Kanan HEM

No comments:

Post a Comment