PELANCARAN PROGRAM 9-6
SENYUM SAPA
2013
Dewan Multaqa
25 Feb 2013
Perasmian oleh:
Tn Haji Ali Afandi B. Hj Abdul Majid, AMP
Ketua Penolong Pengarah,
Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan,
Jabatan Pelajaran Negeri Pahang
Turut hadir Naib Yang DiPertua PIBG
En Roslan Bin Mansor
Konsep Rumus 9-6 merupakan amalan menggalakkan
senyuman dan sapaan dalam kalangan warga SMK Paya Besar, Kuantan.
Konsep ini menunjukkan jarak 9 kaki merupakan jarak yang sesuai
untuk senyum dan jarak 6 kaki merupakan yang sesuai untuk sapa.
Perkataan yang sesuai digunakan semasa menyapa ialah:
-Assalamualaikum
-Selamat pagi
-Salam Sejahtera
-Apa khabar
-Dah makan ke belum
Antara matlamat diadakan Program ini ialah
1. Menghilangkan perasaan stress dalam kalangan warga sekolah.
2. Merapatkan hubungan silaturahim
3. Membangkitkan suasana yang ceria dan mesra
Acara diteruskan dengan bacaan doa oleh
Ustaz Mohamad Jamali dan seterusnya
taklimat Program oleh Pn Kamriah Bt Jusoh,
Guru Cemerlang Bahasa Melayu merangkap Penyelaras Program.
Selepas itu ucapan Aluan oleh YBhg Datin Hjh Ezizah Bt Hj Hashim, AMP
Pengetua SMK Paya Besar
dan seterusnya ucapan Perasmian oleh
Tn Haji Ali Afandi B. hj Abdul Majid, AMP
Ketua Penolong Pengarah,
Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan
Jabatan Pelajaran Negeri Pahang
Senyuman oleh warga SMKPB
Selepas itu diadakan penyampaian Baucer Buku 1Malaysia
kepada pelajar Tingkatan 6.
Tujuan pemberian baucer ini ialah
untuk meringankan beban perbelanjaan pembelian
buku pengajian. Selain itu, inisiatif ini dapat memupuk minat
membaca dalam kalangan rakyat Malaysia.
No comments:
Post a Comment