Sekolah Menengah Kebangsaan Paya Besar adalah sebuah sekolah luar bandar dalam daerah Kuantan. Ia terletak 7 kilometer dari bandar Kuantan, Pahang, ditapak seluas 8 ekar. Nama sekolah ini diambil sempena nama tempat iaitu Paya Besar. Sekolah Menengah Kebangsaan Paya Besar, telah dibuka secara rasmi pada 16 November 1982. Pengetuanya yang pertama ialah En. Nordin b Omar dan Penolong Kanannya ialah En. Chong Hui Sheong.
Sesi persekolahan bermula pada 3 Januari 1983. Pada ketika itu, hanya terdapat 11 orang tenaga pengajar dan pelajarnya pula seramai 143 orang. Sekolah ini mula beropersi dengan hanya menggunakan kemudahan sebuah bangunan 3 tingkat (Blok A), pejabat sekolah, sembilan buah kelas dan lain-lain bilik. Lima buah kelas tingkatan satu dan sebuah kelas peralihan dibuka, yang menempatkan 32 orang pelajar setiap kelas.
Serentak dengan itu, Jemaah Pengelola telah ditubuhkan dengan tujuan untuk menyenggara hal-ehwal sekolah. Jemaah ini dipengerusikan oleh Tuan Haji Husin bin Ismail dan Naib Pengerusinya pula adalah Encik Siew Hock.
Pada tahun 1984, jumlah pelajar telah meningkat seramai 430 orang. Sehubungan itu, jumlah tenaga pengajar juga turut bertambah kepada 21 orang. Jumlah kelas juga bertambah menjadi 13 buah kesemuanya.
Pada 17 Mac 1984, PIBG ditubuhkan untuk bersama-sama pihak sekolah membantu meningkatkan pencapaian akademik, tahap disiplin pelajar dan menaikkan imej sekolah dikalangan masyarakat setempat, Jabatan Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri. Yang Dipertua PIBG ketika itu ialah Encik Omar bin Bakar dan Encik Abdul Latif bin Mohammad Isa pula selaku Naib Yang Dipertuanya.
Pada tahun 1985 pula, bilangan pelajar terus meningkat menjadi 680 orang. Pertambahan ini menyebabkan keperluan bilik kelas tidak mencukupi. Bagi mengatasi masalah ini sekolah dua sesi dibuka, iaitu sesi pagi dan sesi petang. Pertambahan bilangan pelajar, bermakna bilangan tenaga pengajar turut bertambah menjadi jumlahnya seramai 37 orang, itu 33 orang guru tetap dan 4 orang guru sandaran. Sementara itu, pengetua pertama telah bertukar dan diganti oleh pengetua baru iaitu Encik Shamsudin bin Abu Bakar.
Memandangkan keperluan kelas semakin mendesak, sebuah bangunan satu tingkat (Blok B) yang terdiri daripada tiga buah kelas dibina secara gotong royong pada tahun 1986. Pada tahun 1989 sebuah bangunan (Blok C) yang terdiri daripada 8 bilik kelas siap dibina. Sehingga tahun 1991 sekolah ini terdapat tiga blok bangunan iaitu Blok A, Blok B dan Blok C dengan kemudahan 19 bilik kelas, sebuah Bilik Lukisan, sebuah Bilik Pusat Sumber, sebuah Bilik Masakan, sebuah Bilik Jahitan, dua Makmal Am, sebuah Bilik Guru, sebuah Koperasi Sekolah, sebuah Bilik Komputer, sebuah Bilik Kaunseling, Kantin Sekolah, Surau dan Bengkel Kemahiran Hidup. Kesemua kemudahan ini untuk menampung keperluan dan kemudahan 1267 orang pelajar dengan dibantu oleh 62 guru.
Pada tahun 1993 dua buah bangunan baru (Blok D dan Blok E) siap dibina dengan kemudahan tiga buah bilik Makmal Sains Tulen, sebuah bengkel Kemahiran Hidup dan 20 buah kelas. Kemudahan fizikal sekolah ini berjaya memberi kemudahan dan keselesaan kepada 1661 orang pelajar.
Selain daripada kelas biasa dan pelajar normal, sekolah ini juga memberi peluang kepada pelajar istimewa untuk menimba ilmu. Kelas Pendidikan Khas Bermasalah Pelajaran (PKBP) telah dibuka pada 4 Januari 1999 dengan bilangan pelajar seramai 6 orang di bawah bimbingan 2 orang guru. Mereka ini dalam kategori lembam, down sindrown dan pelajar inklusif. Pada tahun 2008, jumlah pelajarnya seramai 24 orang dengan guru seramai 6 orang.
Sekolah Menengah Kebangsaan Paya Besar telah berubah dari sebuah sekolah kerdil dalam aspek kemudahan asas, bilangan pelajar dan guru serta pencapaian-pencapaiannya kepada sebuah sekolah yang hebat dan terbaik di daerah Kuantan dan negeri Pahang amnya.
SENARAI PENGETUA SMK PAYA BESAR
BIL NAMA TEMPOH
1. En. Nordin b. Omar 16.11.1982 – 31.12.1984
2. En. Shamsudin b. Abu Bakar 1.1.1985 – 31.12.1987
3. Tn. Hj. Abu Mansur b. M. Yusof 16.10.1987 – 20.6.1991
4. Tn. Hj. Abdullah b. Abd Kadir 16.11.1991 – 16.10.1992
5. Tn. Hj. Muhammad b. Musa 1.6.1993 – 19.7.1999
6. En. Amiruddin b. Hj. Abdullah 25.7.1999 – 31.12.2003
7. Pn. Hjh. Meriam bt. Hj. Samah 1.3.2004 – 6.4.2005
8. Pn. Hjh. Rosnah bt Mohd Tawi 1.7.2005 – 13.4.2006
9. Pn. Hjh. Hatijah Gan bt Abdullah 16.4.2006 - 31.12.2009
10. Tn. Hj. Karim b Man 1.1.2010 - 25.7.2010
11. En. Nandakumaran A/L Kathrvaloo 1.9.2010 - sekarang
9 comments:
dlm byk2 pengetua..
Tn. Hj. Muhammad b. Musa yg plg best n sporting..
Tn. Hj. Muhammad b. Musa.. Pengetua yang sgt cool.. Semua respect dia, w/pun beliau tak pernah nak membebel panjang pd student..
hehehe..
Masing-masing ada kekuatan. Yang penting, mampu gerakkan anak-anak buah kerja secara berpasukan.
aku setuju..pengetua hj mohammad bin musa is the best pengetua..aku still ingat peribahasa keramat beliau yang selalu menjadi trade mark pelajar iaitu janganlah kita menjadi seperti ayam dikepok mati kelaparan, itik di air mati kehausan'
SEKOLAH KU RUMAH KU...
best nyer ingat mse kat sekolah dulu...rindu betol nak p sekolah...
SMKPB u always in my mind..
sekolah menengahku pd 1985 yg meninggalkan banyak memori... masa sekolah dulu nak memonteng... dah tua ni rindu pulak kat sekolah dan cikgu2 yg banyak berjasa.... antaranya cikgu husin, cikgu nazri, cikgu boey dan banyak lg (memori dah byk terpadam...) terima kasih cik gu...
Salam kepada warga sekolah menengah paya besar.Saya salah seorang bekas pada 1982 pelajar awal disekolah tersebut. Cerita berkenaan waktu kami mula menjejakkan kaki ke sekolah tersebut terlalu sukar dgn kekuragan kemudahan . Sehinggakan buku pada masa itu terpaksa pinjam dari sekolah menengah sultan abu bakar (SABS). Harap kesemua pelajar sekarang belajarlah dgn tekun dan ikhlas menimba ilmu sebaik mungkin . Akhir kata ucapan setinggi penghargaan kepada Pengetua Nordin dan guru2 yg telah banyak menunjuk ajar saya dan kekawan walau pun dalam kekurangan pada masa itu. Kalau nak cerita banyak lagi.
SALAM BUAT SEMUA GURU YANG BERTUGAS SEMOGA ALLAH MERAHMATI AMIN...
MY EMAIL :syj_hid@yahoo.com.my
pengetue thun nih best n sporting giler
syok giler
Mr.Nanda is the best
but thun dpn sye da kne tkar ke SMK Sg. Isap
Tn. Hj. Muhammad b. Musa pengetua cool. Masa buat latihan industri tahun 2001, ada jumpa beliau di PSPN...sempat bagi kata2 perangsang. Semoga beliau sihat sejahtera selalu..
Post a Comment