Assalamu'alaikum dan Selamat Sejahtera.

Saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua guru khususnya guru-guru tingkatan 6 tahun 2007 kerana
telah melonjakkan nama sekolah sehingga melahirkan pelajar yang cemerlang di peringkat kebangsaan iaitu Asnarita bte Tarmizi dalam STPM 2007. Saya mengharapkan semua guru dan warga sekolah yang lain memastikan kecemerlangan yang telah diiktiraf ini akan berterusan.

Semoga anugerah ini dapat menyemarakkan semangat dan iltizam kita untuk sentiasa melaksanakan yang terbaik dan berkualiti dalam tugasan kita sehari-hati.
TAHNIAH. SMKPB tetap gemilang.
Pn Hjh Hatijah Gan bt Abdullah
Pengetua
SMK Paya Besar 2008.
Pengetua Pn Hjh Hatijah Gan bt Abdullah
bersama GPK 1 Datin Hjh Fauziah bt Ismail
No comments:
Post a Comment