Program yang telah berlangsung selama dua hari satu malam ini dimulakan dengan pendaftaran para peserta dan aktiviti 'Ice breaking'. Aktiviti malam pula dipenuhi dengna aktiviti yang membabitkan kerjasama antara ahli kumpulan sebagai contoh 'Save the Ballon', 'Kesetiaan Ku' dan aktiviti paling dinanti oleh peserta ialah 'Muhasabah Diri'.
Sambutan kemerdekaan turut diadakan di Dewan Multaqa' yang dimulai dengan Laungan Merdeka dituruti lagu Negara Ku dan lagu patriotik di sambut secara ramai-ramai tepat pada 12 tengah malam, 31 Ogos 2008. hari ke dua pula dipenuhi dengan LDK serta slot-slot pembelajaran yang dikendalikan oleh para fasilitator.
Secara tuntasnya, program ini berjaya dijalankan dengan kerjasama para peserta, para fasilitator dan guru-guru yang memantau. Walau pun penat dan tidak cukup tidur, para peserta dan fasilitator tetap bersungguh-sungguh melakukan aktiviti-aktiviti sehingga tamat program ini pada pukul 2.30 petang Ahad 31 Ogos 2008.
Laporan ditulis oleh
Fatih Fahirah & Syahiriah
5 Saksama 2008
No comments:
Post a Comment