Majlis Ilmu bersama pelajar puteri SMK Paya Besar
telah diadakan di Surau Al-Hikmah jam 12 tengahari
dikendalikan oleh Ustazah Hajjah Siti Arija Abdul Rahman.
Kesimpulan dari Majlis Ilmu hari ini ialah
Sebagai individu muslim kita perlu memastikan makanan yang kita ambil itu adalah halal, suci dan bersih. Kita juga haruslah memilih makanan yang berkhasiat untuk kesihatan tubuh badan dan ianya tidaklah perlu makanan-makanan yang diimport dari luar negara atau yang mahal-mahal, kerana itu merupakan satu pembaziran.
Firman Allah swt : "Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah kawan-kawan syaithan", Surah Al-Isra' ayat 27.
Umat Islam diingatkan mengelakkan dari memakan makanan yang tidak jelas hukumnya samada halal atau haram (syubhah). Kerana syaitan sentiasa mendorong manusia ke arah keburukan dan kejahatan sehingga boleh merosakkan iman seseorang.
Bersyukurlah di atas reseki dan nikmat kurnian Allah, kerana sesiapa yang sentiasa bersyukur di atas nikmatnya, maka Allah swt akan menambahkan nikmat tersebut.
Firman Allah :"Sekiranya kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahkan lagi nikmatKu dan sekiranya kamu kufur sesungguhnya azabKu amat pedih." Surah Ibrahim ayat 7.
Oleh itu berdoalah kita semoga masyarakat Islam tidak akan lalai dan cuai dalam menjaga pemakanan untuk diri dan keluarga bagi membangunkan ummah di masa yang akan datang.
No comments:
Post a Comment