Hari ini bertempat di Dewan Multaqa' SMK Paya Besar
telah diadakan Program Keibubapaan Emas ke-9, 2009
yang melibatkan pelajar Target PMR 2009 bersama ibubapa mereka.
Program yang murni ini berobjektif untuk meningkatkan kesedaran
di kalangan ibubapa tentang sumbangan dan peranan yang dapat
dimainkan untuk membantu kecemerlangan anak-anak.
Disamping itu dapat berkongsi pengetahuan
tentang bagaimana membimbing anak-anak remaja masa kini.
Secara tidak langsung membolehkan ibubapa bersama pihak sekolah
mendisiplinkan para pelajar yang terlibat.
Majlis bermula dengan ketibaan ibubapa pada jam 10.00 pagi
dan diikuti dengan Ucapan Pengetua Cemerlang SMKPB
Pn Hjh Hatijah Gan bt Abdullah.
Pn Hjh Hatijah Gan bt Abdullah.
Kemudian diteruskan dengan Ceramah Keibubapaan
oleh Kaunselor Sekolah En Abdul Jani b Mohd Tahar.
Pelajar yang terlibat kemudian membaca Ikrar
dan diikuti pula dengan sesi soal jawab.
Majlis berakhir dengan sedikit jamuan ringan.
Moga usaha-usaha yang murni ini
dapat menimbulkan kesedaran kepada ibubapa yang terlibat
bahawa mereka adalah motivator untuk pelajar-pelajar cemerlang
dalam akademik. Semoga panduan dan bimbingan akan
dapat dimanafaatkan sepenuhnya.
Moga SMK Paya Besar gemilang
antara sekolah-sekolah harian menjelang 2013.
No comments:
Post a Comment