
Majlis Ilmu berjalan lancar.
Tazkirah telah disampaikan oleh
Pn Hjh Normah bt Omar.
Beliau berkongsi dengan pelajar tentang
10 wasiat As-syahid Hasan Al- Banna.
1.Apabila mendengar azan
maka bangunlah sembahyang serta-merta
walaubagaimana keadaan sekalipun
2.Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu,
pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah
dan janganlah membuang masa
dalam perkara yang tiada memberi faedah.
3.Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab
kerana bahasa Arab yang betul itu
adalah satu-satunya syiar Islam.
4.Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun
kerana pertengkaran yang kosong
tiada memberi apa-apa jua kebaikan.
5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa
berhubung dengan Allah
itu sentiasa tenang lagi tenteram.
6.Janganlah banyak bergurau kerana
umat yang sedang berjuang itu t
idak mengerti melainkan bersungguh-sungguh
dalam setiap perkara.
6.Janganlah bercakap lebih nyaring
daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar
kerana percakapan yang nyaring itu
adalah suatu resmi yang sia-sia
malah menyakiti hati orang.
8.Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang,
mengecam pertubuhan-pertubuhan,
dan janganlah bercakap melainkan
apa- apa yang memberi kebajikan.
9.Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslimin
yang ditemui kerana asas gerakan dakwah kita
ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.
10.Kewajipan-kewajipan kita
lebih banyak daripada masa yang ada pada kita,
oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya
dan ringkaskanlah perlaksanaannya.
BACALAH -- RENUNGILAH -- KEMUDIAN AMALKANLAH
No comments:
Post a Comment