Pages

Monday, January 18, 2010

Perhimpunan Isnin 18 Januari 2010


Seperti biasa perhimpunan hari Isnin berjalan lancar.
Ucapan dimulakan dengan laporan dari
guru bertugas minggu lepas, En Abd Jabar b Abd Rahim.
Beliau turut membuat pengumuman
pemilihan pemain bola sepak bawah 18 tahun
akan diadakan pada petang ini jam 5.00 petang.
Sesiapa di kalangan pelajar yang berminat sila hadir.

Kemudian diikuti dengan ucapan
guru bertugas minggu ini En Adnan b Mamat.
Turut bertugas ialah Pn Che Hanisah bt Abd Rahman
dan Pn Asmaiani bt Nan.
Beliau mengumuman kepada pelajar lelaki
yang berminat untuk mengikuti kursus iman dan bilal
yang akan diadakan pada 29 - 30 Januari 2010
boleh memberi nama kepada
guru Pendidikan Islam masing-masing.

Seterusnya Pn Mastura Mohamed
mempengerusikan perhimpunan dalam
majlis penyampaian sijil perlantikan ahli jawatan kuasa
Majlis Perwakilan Pelajar Pra Universiti sesi 2010.
Sijil telah disampaikan oleh
Pn Hjh Hatijah Gan bt Abdullah, AAP.,
Pengetua Cemerlang SMK Paya Besar.

Kemudian diikuti makluman berkaitan buku teks
yang disampaikan oleh Pn Nooryati Deraman.
Beliau memaklumkan ketika operasi buku teks
dijalankan ke atas pelajar tingkatan 2, 3, & 4
pada minggu lepas, terdapat banyak buku teks
yang ditinggalkan dalam kelas.
Ini adalah satu kesalahan
kerana buku teks mesti di bawa pulang
apabila selesai sesi persekolahan.
Juga terdapat buku yang masih tidak disampul.
Beliau memaklumkan semua buku tersebut
telah disimpan oleh pihak buku teks
dan pelajar dikehendaki menuntutnya dari
guru buku teks (Pn Nooryati Deraman
@ En Daeme Abu Bakar).

Akhir sekali Tn Hj Nazli b Ismail, PJK,,
GPK Kokurikulum memaklumkan tentang
dasar-dasar kokurikulum antaranya

1. Pelajar WAJIB MENYERTAI 3 aktiviti kokurikulum
iaitu Kelab & Persatuan, Sukan & Permainan
& Unit Beruniform.

2. Penilaian Kokurikulum dibuat berdasarkan
GPA (Gred Keseluruhan)
& CGPA (Gred Purata Keseluruhan).

3. SEMUA pelajar WAJIB HADIR aktiviti
kokurikulum yang akan diadakan
pada setiap HARI RABU mengikut jadual berikut :
3.00 - 4.30 PM : Aktiviti Kelab & Persatuan
(setiap minggu)
4.30 - 6.00 PM : Aktiviti Sukan & Permainan
ATAU Unit Beruniform
(secara bergilir).

4. Waktu PJK setiap pelajar WAJIB memakai
baju kokurikulum.

5. Setiap hari RABU semua pelajar mesti memakai
baju Unit Beruniform.

4. Sentiasa menjaga keselamatan & kebersihan tandas.

PELAJAR CEMERLANG
SMK PAYA BESAR TERBILANG

No comments:

Post a Comment