Pages

Friday, April 30, 2010

Pesta Jualan Buku

Pesta Jualan Buku telah berlangsung
di Dewan Multaqa' SMK Paya Besar
bermula hari ini Jumaat 30 April 2010
sehingga Ahad 2 Mei 2010
bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Datang beramai-ramai untuk mendapat
potongan harga yang istimewa.

Majlis Bacaan Yaasin


Pagi Jumaat yang berkat,
semua pelajar berada di Dewan Terbuka
membaca Surah Yaasin beramai-ramai.

Thursday, April 29, 2010

Program Jalinan Kasih

Pada 28 - 29 April 2010 (Rabu & Khamis)
seramai 12 pelajar pendidikan khas telah
menghadir Program Jalinan Kasih 2010
di SMK Beserah.
Beberapa aktiviti telah diikuti oleh pelajar
seperti pertandingan congkak dan batu seremban
serta pertandingan tilawah dan hafazan.


Pertandingan congkak.

Pertandingan Batu Seremban.

Penyampaian hadiah.
Tahniah kepada mereka yang berjaya.

Wednesday, April 28, 2010

Bengkel Asas Petanque

Bengkel Asas Petanque telah diadakan
hari ini Rabu 28 April 2010.
Beberapa sekolah di sekitar Kuantan
turut mengikutinya.
Peserta sedang mendengar sesi teori.

En. Latif, Pegawai Bahagian Pembangunan Angkasa
negeri Pahang sedang menerangkan
cara pengiraan mata permainan petanque.

Seminar SPM PERHATI

Hari ke 3 Seminar SPM bagi pelajar Program PERHATI.

Mereka dikumpulkan mengikut
kumpulan masing-masing.
Hari ini bengkel untuk matapelajaran
Matematik & Sejarah.

Tuesday, April 27, 2010

Pertandingan Sepaktakraw MSSD Kuantan

Hari ini telah berlangsung
Perlawanan Sepaktakraw MSSD Kuantan
peringkat bawah 15 tahun
di Dewan Multaqa' SMK Paya Besar.

Perlawanan dengan persaingan yang cukup hebat.

Monday, April 26, 2010

Program Kecemerlangan SPM PERHATI

Seramai 21 orang pelajar SMK Paya Besar
yang terdiri dari kalangan anak-anak yatim
tingkatan 5 mengikuti aktiviti PERHATI
dengan menghadiri Program Kecemerlangan SPM 2010
yang telah diadakan di BTPNP Beserah.

Program anjuran bersama Yayasan Pahang,
JPN Pahang, PPD Kuantan,
Majlis Guru Kaunseling Daerah Kuantan
dan Majlis Guru Cemerlang ini
bertujuan memberi sokongan kepada
anak-anak yatim untuk meningkatkan
prestasi dalam pelajaran kerana sebahagian
besar mereka agar tercicir.
Justeru adalah wajar mereka diberi bimbingan
bagi meningkatkan pencapaian dalam
peperisaan SPM 2010.

Antara ceramah yang telah diberikan
Seminar Kecemerlangan Bahasa Melayu
yang telah disampaikan oleh
Pn Hjh Kamriah bt Jusoh, Guru Cemerlang Bahasa
dari SMK Paya Besar Kuantan.

Sunday, April 25, 2010

Majlis Penutup Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform

Majlis Penutup Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform
berjalan lancar.

Semua peserta berkumpul di dewan perkhemahan.

Wajah-wajah kepenatan....

Ucapan Perasmian Penurtup
oleh Tuan Pengetua Tn Hj Karim b Man.

Sudah menjadi adat
yang menang akan mendapat ganjaran.

Namun yang penting sepanjang perkhemahan
pesertabelajar erti kesabaran, toleransi,
kerjasama dan berdikari.

Semuanya kearah membentuk jatidiri yang
kental untuk menghadapi cabaran mendatang.

Friday, April 23, 2010

Perkhemahan Bersepadu Unit Uniform (PART 1)

Acara tahunan Perkhemahan Bersepadu
Unit Beruniform telah dijalankan
di Kem Damai SMK Seri Damai Kuantan
bermula 23 April hingga 2 April 2010.

Perkhemahan bertemakan SURVIVAL
melibatkan 170 pelajar dari Unit Beruniform
Kadet Polis, Kadet Remaja Sekolah, Kadet Bomba,
Kadet Pertahanan Awam, Pengakap, PBSM,
Pandu/Renjer Puteri dan Puteri Islam.
Setiap unit terdiri dari 20 orang peserta.
Turut menyertai ialah Pengakap Pendidikan Khas
yang menghantar 10 orang peserta.

Cabaran pertama bermula apabila peserta
terpaksa berjalan kaki masuk ke kem sejauh
setengah kilometer sahaja.
Mana taknya, orang pergi khemah bawa beg pack je,
ni bawa bag macam nak duduk resort seminggu...

Taklimat bermula.

Masing-masing happy lagi tu...

Taklimat dari Kem Komandan Pn Mariana Ahmad.

Dengar baik-baik taklimat tu, nanti ada yang kena denda...

Dan... Tuan Pengetua pun turun padang
membantu mendirikan khemah.

Macam-macam cara mereka memasangnya
mengikut kreativiti masing-masing.

Yang dapat khemah cendawan ok lah cepat siap...
Yang kena pasang khemah A... penat oi...
Harap-harap tak hujan ye... hehe... cabaran tu...

Bersiap untuk solat asar.

Huhu... ini khemah ke canopy???
Ini untuk cikgu praktikum yang akan menemani
pelajar-pelajar malam ini.
Tak pe, pengalaman itu satu yang berharga,
mahal dan sukar dicari...

Adoi... orang sudah siap pasang khemah
ada lagi yang tak terpasang? Kesian...
Itulah cabaran yang akan menilai erti
kerjasama dan kebersamaan...

Semoga semua pelajar yang terlibat mendapat
membentuk jatidiri yang tahan dan kental
dalam menghadapi sebarang cabaran.

Terima kasih kepada semua guru-guru
yang terlibat menjayakan kem ini...

Untuk perkembangan selanjutnya tunggu....

Majlis Bacaan Yaasin & Solat Hajat

Seperti yang dirancang pagi jumaat
semua pelajar tingkatan 1, 2 dan 4
berkumpul di Dewan Terbuka
untuk Majlis Bacaan Yaasin.

Sekurang-kurangnya moga hati
pelajar terisi dengan membaca
ayat-ayat suci al-quran
khususnya Surah Yaasin.

Ya Allah... lembutkan hati
anak-anak didik SMK Paya Besar.
Moga mereka menjadi pelajar yang berakhlak mulia.

Manakala semua pelajar tingkatan 3, 5 dan 6 atas
berada di Surau Al-Hikmah
menunaikan Solat Hajat.


Turut menunaikan solat bersama pelajar ialah
GPK HEM SMK Paya Besar
En Mohammad b Che Ibrahim.


Solat terlaksana memohon pada Illahi
moga dipermudahkan mendapat ilmu
dan mendapat keputusan yang cemerlang
untuk peperiksaan PMR, SPM dan STPM.
Moga Allah makbulkan doa kita semua...

AWAS!!!

Kerana prihatin mereka memakai penutup muka.
Tapi AWAS!!!!
BUKAN kerana untuk menunjuk-nunjuk
atau bermain-main sahaja....

Thursday, April 22, 2010

Pertandingan Sepaktakraw MSSD

Hari ini SMK Paya Besar telah menjadi tuan rumah
Pertandingan Sepaktakraw MSSD 2010.
Acara telah diadakan di Dewan Multaqa'.

Sesi memanaskan badan.

Perlawanan di antara Zon Juara dan Zon Jaguh.

Pegawai-pegawai yang bertugas.

MAJU SUKAN UNTUK NEGARA.

Wednesday, April 21, 2010

Perhimpunan Rabu 21 April 2010

Perhimpunan berjalan lancar.
Laporan dari bertugas minggu ini
Pn Wan Nor Akemarini bt Wan hanafi

1. Perjumpaan ahli Kadet Polis, Pengakap,
JPA 3 & KRS yang terlibat dengan
perkhemahan bersepadu di Dewan Terbuka
pada 2.40 petang ini.

2. Sesiapa yang berminat menyertai
Sepaktakraw bawah 15 & 18 tahun,
sesi pemilihan akan diadakan petang ini
jam 3.30 petang. Hanya 8 orang peserta
sahaja yang layak.

3. Majlis ilmu 23 April 2010 akan ditangguhkan.

4. Cuti berganti Aidil Fitri 24 April 2010
akan digantikan pada 22 Mei 2010 kerana
aktiviti perkhemahan bersepadu.