Perhimpunan pagi Rabu berjalan seperti biasa.
Laporan guru bertugaa minggu ini oleh En Anuar Mohamed.
1. Pelajar diberi teguran gejala hadir lewat ke sekolah.
2. Pelajar dinasihatkan agar tidak terlalu bising
terutama ketika waktu rehat.
3. Pelajar juga diingatkan agar menggunakan
laluan gajah menyusur untuk pejalan kaki
demi keselamatan pelajar.
4. Sepanjang bulan puasa tiada PJ, maka pelajar
dikehendaki memakai baju uniform sekolah.
5. Pemeriksaan buku teks akan diadakan pada
minggu ini.
Cik Nita mengumumkan beberapa aktiviti
sempena bulan kemerdekaan anjuran
Pusat Sumber Sekolah dan Bidang Kemanusiaan.
1. Bacaan Perutusan Kemerdekaan di perhimpunan.
2. Pertandingan menyebar Jalur Gemilang
di kelas kategori menengah atas dan rendah.
3. Pameran Tokok Kemerdekaan di Pusat Sumber.
4. Pertandingan melukis poster kemerdekaan.
5. Rekacipta sajak.
6. Menulis essay bertema 1Malaysia Menjana Transformasi.
7. Kuiz Bermaklumat.
8. Luahan Anak Merdeka di kertas A4 yang dilipat
dua dengan tidak melebihi 20 patah perkataan.
9. Rekacipta Kad Hari Raya.
Semua pertandingan akan bermula
pada minggu hadapan 16 Ogos 2010.
Kemudian Pn Sharifah Radziah membaca
perutusan hari kemerdekaan.
Selepas itu Pn Hjh Kamriah memberi
beberapa nasihat kepada pelajar-pelajar.
1. Menasihati pelajar agar fokus sepanjang
Seminar Teknik Kecemerlangan SPM diadakan.
2. Sentiasa menjaga disiplin diri walau
sepanjang persekolahan.
3. Menjaga adab-adab puasa.
Kemudian Cik Rosmaria Omar mengumumkan
aktiviti Program Ihya' Ramadhan
anjuran Panitia Pendidikan Islam, Unit Bina Insan
& Unit HEM SMK Paya Besar.
Antara lain objektif aktiviti ialah
menghidupkan bulan ramadhan agar lahir
generasi pelajar yang suka membaca al-quran,
dan mempunyai sifat-sifat dermawan.
1. Halwa telinga zikir di waktu pagi.
2. Tadarus Al-Quran.
3. Ceramah Nuzul Quran.
4. Mahjlis Khatam Al-Quran & Sumbangan Hari Raya.
5. Tabung Kebajikan Infak Ramadhan.
6. Iftar Jamai' dan Solat Tarawih Berjamaah.
Diikuti dengan Tazkirah Ramadhan disampaikan
oleh Ustazah Ramlah Ab Hamid.
Antara yang disampaikan
1. Merasa syukur atas kedatangan dan
peluang yang diberikan oleh Allah swt
untuk kita melalui Ramadhan untuk tahun ini.
Maka perlu diambil peluang jika tidak kita
termasuk dalam golongan orang yang rugi.
2. Mengingatkan pelajar tentang hakikat
solat dan puasa yang mana kedua-dua adalah
syariat Allah. Maka perlu disempurnakan
dan jangan ditinggalkan salah satu.
3. Puasa seperti yang diulas oleh Imam Al-Ghazali.
a. Menahan pandangan dari menarik
hawa nafsu.
b. Menjaga lidah dari percakapan yang
sia-sia, dusta, fitnah & adu domba.
Sebaik-baik diam dan zikir.
c. Menjaga pendengaran dari kata-kata
yang tidak baik.
d. Mencegah anggota badan dari melakukan dosa.
e. Tidak berlebih-lebihan semasa berbuka.
f. Sentiasa dalam keadaan cemas/takut
kalau-kalau puasa tidak diterima dan
mengharap Allah terima amalan walau pun
ada kekurangan.

No comments:
Post a Comment