Pertama-tamanya saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengendali blog SMK Paya Besar kerana memberi peluang kepada saya untuk menulis di ruangan ini.
Pertemuan dan perpisahan itu memang ditakdirkan, ada rahsia yang kita tidak tahu sebenarnya. Yang pentingnya apakah kita mengambil pengajaran dari peristiwa yang berlaku. Mungkin kita akan menangis apabila perpisahan itu melibatkan orang yang kita sayangi, malah mungkin kita akan bergembira sekiranya perpisahan itu melibatkan orang yang kita tidak suka. Terfikirkah kita, mungkin orang baru yang akan dipertemukan nanti lebih baik dari orang yang kita sayangi, atau mungkin orang dipertemukan nanti lebih dahsyat dari orang yang kita benci? Perkara ini kemungkinan berlaku. Apa yang penting kita patut bersyukur dengan apa yang telah ditakdirkan.
Sebagai seorang insan yang lemah, dikesempatan ini saya memohon sejuta kemaafan dari warga SMK Paya Besar andainya amanah yang dipertanggungjawabkan kepada saya tidak dapat saya tunaikan sepenuhnya, malah mungkin menjadi beban kepada warga SMK Paya Besar di sepanjang saya berada di sini.
Sebenarnya banyak perkara yang ingin saya lakukan di sini tetapi tidak berkesempatan, mungkin di atas kecuaian saya. Di antaranya mewajibkan semua pelajar memakai tali leher, ada speaker corner, laman luahan hati, sekolah tanpa loceng, skuad pengurusan jenazah. Walau pun saya tidak berkesempatan melakukannya, saya yakin dalam tahun-tahun mendatang perkara-perkara ini dapat direalisasikan. Saya juga ingin melihat calon PMR, SPM dan STPM kita dinobatkan calon terbaik peperiksaan peringkat daerah, negeri malah kalau boleh peringkat kebangsaan pada tahun ini kerana saya lihat ada permata yang menyinar di SMK Paya Besar ini. Saya akan tumpang gembira dan bangga sekiranya peristiwa ini benar-benar berlaku. Dan ini menjadi hadiah yang amat bermakna buat saya.
Saya rasa inilah yang mampu saya tulis di ruangan ini. Sebelum mengundur diri, ingin saya nyatakan bahawa banyak pengajaran saya perolehi sini sebenarnya. Pengajaran yang saya dapati di sini dan di beberapa tempat yang pernah saya bertugas akan saya gunakan sebaik mungkin, insya'Allah. Doakan kejayaan saya di tempat baru. Dan saya juga turut mendoakan agar seluruh warga SMK Paya Besar dapat berkerja dalam satu pasukan yang teguh dan padu demi memartabatkan kecemerlangan pelajar-pelajar SMK Paya Besar. Selamat berpuasa.
Sekian. Terima kasih.
Tn Haji Karim b Man, SMP.
Mantan Pengetua
SMK Paya Besar Kuantan.

No comments:
Post a Comment