Pages

Monday, February 28, 2011

Mesyuarat Agung Koperasi SMK Paya Besar Kuantan Berhad 2011

 Mesyuarat Agung Koperasi SMK Paya Besar
Kuantan Berhad berjalan lancar.
Semua ahli dari pelajar tingkatan 1& 2,
4 Saksama, 4 Syumul dan 4 Adil telah
menghadiri mesuarat agung ini.
 Juruacara mesyuarat ialah Pn Roa'ani Mohamed.
Mesyuarat dimulakan dengan Bacaan Doa
oleh Ustaz Mohd Jamali Abdullah.
Diikuti dengan ucapan Perasmian oleh
Pengerusi Koperasi SMK Paya Besar
Kuantan Berhad En Nandakumaran,
Pengetua SMK Paya Besar.
 Mesyuarat bermula dengan suasana yang 
menggalakkan.  Ramai ahli koperasi telah 
mengemukakan usul-usul yang bernas.
 Ahli Lembaga Koperasi Sekolah.
 Acara yang dinanti-nantikan hadiah
cabutan bertuah untuk pelajar.
 Guru-guru juga mendapat hadiah Cabutan Bertuah
Semua koperator turut melakarkan 
kenangan bersama En Nandakumaran
dan guru-guru koperasi yang lain.

SMK PAYA BESAR TOP 5!!!

Perhimpunan Isnin 28 Februari 2011

 Perhimpunan di pagi Isnin 28 Februari 2011 
berjalan lancar.
 Laporan guru bertugas minggu lepas
Pn Salamiah Bani Hashim.
Beliau telah membuat teguran tentang
kedatangan lewat ke sekolah dimana 
pelajar yang didapati lewat akan didenda
melakukan kerja-kerja amal selepas
waktu persekolahn.  Dari aspek disiplin
secara keseluruhannya terkawal.  
Manakala tahap kebersihan masih boleh
dibaiki.  Kelas terbersih ialah 3KAA & 5 Syumul.

Ucapan guru bertugas minggu ini En Anuar Mohamed.
Guru lain yang bertugas ialah Pn Mastura Mohamed,
Pn Wan Nor Nini Harzelin, Pn Sarifah Mansor
dan Pn Noradilah Rabean.
Antara pengumuman yang dibaca
1.  Perjumpaan ahli Kadet Polis hari ini pada 
jam 2.40 petang di Dewan Terbuka.
2.  Perjumpaan ahli Puteri Islam hari ini pada 
jam 3.00 petang di Dewan Terbuka.
3.  Kelas tambahan seperti biasa untuk 
mata pelajaran pendidikan islam.
4.  Pelajar yang mendaftar untuk 
pertandingan MTQ diminta tunggu 
di tepi dewan multaqa' selepas perhimpunan.
5. Semua pelajar tingkatan 1, tingkatan 2, 
4 Saksama, 4 Syumul dan 4 Adil terlibat
dengan Mesyuarat Agong Koperasi 
selepas perhimpunan.
6.  Pelajar yang berminat pertandingan essei
bertajuk "Keselamatan dan Keselesaan
di jalanraya.  Boleh dapatkan borang
dari En Kamaruddin (guru pendidikan khas)
7.  Tahniah kepada semua yang telah
menjayakan larian merentas desa.
8.  Aktiviti kokurikulum minggu ini adalah
kelab dan persatuan.
Tahniah kepada kelas 3KAA & 5 Syumul.

Ucapan Pn Hjh Junaidah Jalil, setiausaha
koperasi sekolah.   Beliau memaklumkan
dividen 10% kepada ahli koperasi.

Ucapan En Hasbullah Abd Latif,
GPK Pentadbiran SMK Paya Besar.
Memakluman kepada pelajar tarikh untuk 
ujian pertama pada 7 - 9 Mac 2011.
Diingatkan pelajar tidak dibenarkan menduduki 
semula ujian jika tidak hadir tanpa sebab.
Pelajar dinasihatkan membuat ulangkaji
secukupnya.

Ucapan En Mohammad b Che Ibrahim
GPK HEM SMK Paya Besar.
Memaklumkan peratusan kedatangan 
terbaik untuk kelas 1KAA sebanyak 98.5%.
Secara keseluruhan peratus kedatangan
ialah 92.36%.  Masih lagi tidak mencapai
target 95%.  Pelajar dinasihatkan agar
sentiasa hadir ke sekolah dan tidak ponteng.

Saturday, February 26, 2011

Larian Merentas Desa 2011

 Larian Merentas Desa telah selamat diadakan
dalam suasana harmoni dan meriah.
Kehadiran pelajar amat membanggakan.
Acara bermula dengan taklimat larian
yang telah disampaikan olen En Zamzuri Ahmad. 
 Sebelum memulakan larian semua pelajar telah 
mengadakan sesi memanaskan badan.
 Pelajar perempuan kategori bawah 15 tahun
dan 18 tahun dilepaskan dahulu.
 Kemudian dilepaskan pelajar lelaki 
kategori bawah 15 tahun dan 18 tahun.
 Pelajar pendidikan khas juga turut berlari.
 Juara-juara sudah tiba....
 Guru-guru memulakan tugas masing-masing.
 Walaupun penat menguruskan pelajar
guru-guru kelihatan ceria.
 Mereka tidak pernah mengira 
penat lelah yang telah dicurahkan.
 Pelajar juga turut bertugas terutama
dari Kadet Polis dan PBSM.
 Acara kemuncak penyampaian hadiah
kepada pelari terbaik.
 Gamat dewan bila pemenang diumumkan.
 Setiap rumah bersemangat dan meletakkan
harapan yang tinggi untuk memenagi setiap kategori.
 Tahniah kepada rumah KUNING
kerana telah mengumpul mata terbanyak
dan menjadi JUARA Larian Merentas Desa.
 Namun ini tidak mematahkan semangat
rumah-rumah lain untuk melakukan yang 
terbaik bagi acara sukan akan datang.
 Pelajar pendidikan khas juga diberi 
penghargaan larian.
 Ucapan penutup oleh En Nandakumaran
Pengetua SMK Paya Besar.
 KAMI ADALAH JUARA!!!!
SMK PAYA BESAR TOP 5 !!!

Friday, February 25, 2011

Forum Maulidur Rasul

 Selesai perarakan sambutan Maulidur Rasul
diteruskan dengan Majlis Forum.
Alhamdulillah forum yang julung kali
diadakan telah mendapat respon 
yang amat baik dari pelajar yang hadir.
 Sebelum forum bermula dewan digemakan
dengan ucapan selawat dari seluruh pelajar
yang hadir dengan diketuai oleh
pelajar Mohd Yusuf Idris.
 Kemudian kumpulan nasyid Rijalul Fikri
telah mendendangkan nasyid.
 Majlis forum yang bertajuk "Kada Kediri :
Remajaku... Contohilah Peribadi Rasulullah SAW"
dipengerusikan oleh Pn Hj Kamriah Jusuh.
Ahli Panelnya pula terdiri dari
Tuan Ahmad Shah b Jamlus, Penolong Pengarah
Biro Tatanegara Negeri Pahang 
dan Ustaz Izuddin b Che Ismail, 
Guru KKQ SMK Paya Besar.
 Majlis penyampaian hadiah kepada
sepanduk terbaik yang dimenangi oleh
Kontinjen PBSM manakala
perbarisan terbaik telah dimenangi
oleh Kontinjen Kadet Polis.
TAHNIAH kepada yang berjaya.
 Guru-guru turut sama mendengar forum.
 Forum yang bermanafaat untuk semua.
Kenalilah Rasulullah SAW dan ajaran 
yang dibawanya.
Insya'Allah hidup akan sejahtera
dunia dan akhirat.....

Perarakan Maulidur Rasul

 Perarakan Maulidur Rasul yang dirancang 
berjalan lancar.Guru-guru
bertungkus lumus membuat persediaan awal.
 Pelajar-pelajar juga sudah cukup bersedia.
 Ada yang tak sabar-sabar....
 Pelajar dikumpulkan Di Dewan Multaqa'.
Perarakan bermula dengan Bacaan Doa
oleh Ustaz Mohd Izuddin Che Ismail.
 Kemudian semua beredar ke luar Dewan.
Pihak sekolah amat berbesar hati
di atas kehadiran 
YB Dato' Hj Shafik Fauzan b Hj Shariff
yang turut sama menyertai perarakan.
 Pada jam 8.30 pagi perarakan bermula
dengan diketuai oleh 
Kontinjen Barisan Pentadbir Sekolah
& Staff SMK Paya Besar.
Turut membanggakan kehadiran En Nandakuraman
Pengetua SMK Paya Besar
yang turut sama berarak.
 Diikuti dengan pelajar-pelajar yang
berada dalam unit uniform masing-masing.
 Pelbagai sepanduk telah disediakan.
Pelajar berarak sambil diiringi dengan
Selawat ke atas Junjungan Besar
Muhammad SAW. 
 Guru-guru juga tidak ketinggalan
turut sama menyertai.
 Selesai mengelilingi Taman Guru dan
Kampung SC, pelajar-pelajar
berkumpul di padang sekolah.
 Penilaian dibuat untuk memilih
sepanduk dan kontinjen terbaik.
 Persaingan hebat-hebat kerana persediaan
yang telah dibuat oleh pelajar 
begitu bersungguh-sungguh.
 Ucapan penutup oleh En Mohamed Che Ismail
GPK HEM SMK Paya Besar
di atas kerjasama dan kehadiran
pelajar yang amat meriah dan baik sekali.
 Menjadi harapan bukan setakat berselawat
di sini sahaja.  Ahklak dan pribadi Rasulullah SAW
menjadi ikutan sepanjang zaman.
 Sebelum beredar masing-masing  
mengambil kesempatan bergambar 
dengan En Nanda.
Terima kasih kepada semua pelajar,
guru dan staff SMK Paya Besar
yang terlibat menjayakan 
Perarakan Maulidur Rasul 2011.