Majlis Pelancaran Menangani Gejala Sosial
Peringkat Sekolah 2012
telah selamat disempurnakan hari ini.
Kempen bertemakan Melangkah Ke Sekolah
Seribu Harapan Sejuta Kejayaan
dihadiri oleh seluruh warga guru dan pelajar SMKPB.
Persediaan rapi telah dibuat oleh pelajar & guru.
Bergambar dulu sebelum majlis bermula...
Ketibaan Perasmi
Tn Hj Raauf b Hj Jali, AAP., AMP.,
Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan
Jabatan Pelajaran Negeri Pahang.
Perbarisan Lintas Hormat.
Selesai Nyanyian Lagu Negaraku dan Negeri Pahang
semua pelajar melafazkan Bacaan Ikrar Antidadah
diketuai oleh Muhammad Najiy b Abd Hamid
Ketua Pelajar SMK Paya Besar.
Kemudian diikuti dengan Bacaan Doa oleh
Ustaz Mohd Jamali b Abdullah.
Pelajar ditontonkan Tayangan Video
Kempen Menangani Gejala Sosial.
Berikutnya persembahan nyanyian lagu-lagu
oleh D'Acoustic Boyz.
Bacaan Perutusan Minggu Antidadah oleh
En Mohamed b Che Ibrahim
GPK HEM SMK Paya Besar.
Ucapan Yang Berbahagia
Datin Hjh Ezizah bt Hj Hashim, AMP.,
Pengetua SMK Paya Besar.
Ucapan Perasmian Pelancaran Kempen
Menangani Gejala Sosial oleh
Tn Hj Raauf b Hj Jali, AAP., AMP.,
Ketua Sektor
Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, JPNP.
Pasukan Nasyid Sekolah membuat persembahan.
Penyampaian Hadiah Kecemerlangan Kokurikulum
Peringkat Negeri Pahang 2012 dianugerahkan
kepada saudara Mohd Yusuf
atas kecemerlangan beliau dalam aktiviti catur.
Menjadi harapan kempen yang dilancarkan
tidak berakhir disini.
Pelajar seharusnya ada rasa
kefahaman dan kesedaran akan bahayanya
pengaruh gejala sosial ini.
Jangan terus hanyut dalam dunia
yang akan membawa kepada kehancuran.
Tingkatkan tahap disiplin anda!!!!
No comments:
Post a Comment