Perkongsian Bestari yang melibatkan semua guru
telah diadakan di Bilik Gerakan Siti Khadijah.
3 orang guru telah menyelesaikan tugasan
Resensi Buku masing-masing. Mereka adalah
Pn Nur Aini Abd Rashid - Syamail Muhammadiyah,
Pn Noriyati Omar - Tanaman Lanskap Pokok Renek,
dan Pn Hjh Rozlawati Ariffin - Pengurusan Dalam Islam.
Perkongsian yang cukup memberi manafaat
jika dapat diamalkan dan kehidupan seharian.
Disamping itu En Hasbullah Abd Latif
GPK Pentadbiran SMK Paya Besar
juga memaklumkan SMK Paya Besar telah
terpilih dalam Program PrOD iaitu
Program Melonjakkan Kecemerlangan Sekolah
Melalui Pembangunan Organisasi.
Program bimbingan ini dibawah seliaan
Institut Aminudin Baki dan PPD Kuantan.
Secara umumnya PrOD menekankan satu proses
yang dilaksanakan secara sistematik
mampu membuatkan individu melaksanakan
perubahan dalam organisasi bagi peningkatan prestasi.
Menjadi harapan PrOD akan memantapkan
program-program yang telah dilaksanakan
justeru itu meningkatkan prestasi pelajar SMKPB.
En Muhammad b Che Ibrahim
GPK HEM SMK Paya Besar turut memaklumkan
tentang Program Cakna Pelajar sebagai
salah satu program peningkatan sahsiah pelajar.
Guru-guru boleh merujuk pada papan kenyataan
berkaitan bagi melihat 'traffic light'
atau tanda aras semua pelajar.
No comments:
Post a Comment