Perhimpunan pagi Rabu berjalan seperti dirancang.
Pagi ini pelajar telah mendengar tazkirah yang
telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Izuddin Che Ismail
sebagai persiapan menghadapi ramadhan yang
akan muncul beberapa hari lagi.
Antara peringatan yang disampaikan - PUASA
P = PANTANG - menahan diri dari makan, minum
& perkara-perkara yang membatalkan puasa
mulai terbit fajar hingga terbenam matahari.
U = UNTUNG - jika benar-benar berpuasa maka
mereka akan mendapat untung.
i. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w
bersabda: Apabila tiba bulan Ramadan,
dibuka pintu-pintu Syurga dan
ditutup pintu-pintu Neraka
serta syaitan-syaitan dibelenggu.
Dan sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadan
Dan sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadan
dengan penuh keimanan dan
mengharapkan keredhaan Allah,
akan diampunkan segala dosa yang
dilakukannya sebelum itu.
ii. Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad r.a katanya:
Rasulullah s.a.w
bersabda: Sesungguhnya di dalam Syurga itu terdapat pintu yang dinamakan
Ar-Rayyan.
Orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu
tersebut pada
Hari Kiamat kelak.
Tidak boleh masuk bersama mereka seorangpun selain
mereka.
Kelak akan ada pengumuman: Di manakah orang yang berpuasa?
Mereka lalu berduyun-duyun masuk melalui pintu tersebut.
Setelah orang
yang terakhir dari mereka telah masuk,
pintu tadi ditutup kembali.
Tiada
lagi orang lain yang akan memasukinya.
iii. Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri r.a katanya: Rasulullah s.a.w
bersabda: Setiap hamba yang berpuasa
di jalan Allah, Allah akan
menjauhkannya dari api Neraka
sejauh perjalanan tujuh puluh tahu.
A = ABDI - Kita adalah hamba abdi kepada Allah swt.
"Tidak aku jadikan jin dan manusia
kecuali untuk beribadah kepada Ku."
(Surah Ad-Dzariyyat : 56)
S = SERONOK - bila seronok?
Disaat-saat berbuka dan bertemu Allah swt.
“Orang yang berpuasa akan merasakan dua kegembiraan (besar): kegembiraan
ketika berbuka puasa dan kegembiraan ketika dia bertemu Allah.” (Hadis Bukhari & Muslim)
A = AKRAB - siapa yang betul-betul puasa
akan akrab dengan ALlah swt. Bila dekat dengan Allah,
maka kita akan mendapat rahmat, kejayaan dan
kasih sayang Allah dan dijauhkan oleh
Allah dari perkara yang tidak baik.
Wallahu'alam....
Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak.
No comments:
Post a Comment