Sempena bulan Ramadhan ini,
pihak Panitia Pendidikan Islam & Bina Insan
akan mengadakan Program Ihya' Ramadhan.
Antara objektif Program Ihya' Ramadhan ialah
1. Melahirkan generasi pelajar yang suka
membaca Al-Quran.
2. Menggalakkan guru dan kakitangan
untuk melipat gandakan sifat dermawan dan
saling membantu antara satu sama lain.
3. Menghidupkan siang hari Ramadhan dengan
amalan sunat yang amat dituntut.
Di antara aktiviti yang dianjurkan ialah
- Tadarus Al-Quran untuk guru dan pelajar.
- Majlis Khatam Quran dan Sumbangan Hari Raya
akan diadakan ada 15 Ogos 2012.
Kepada individu pelajar yang berkeyakinan
dapat menghabiskan tilawah 30 juzuz Al-Quran
sebelum 15 Ogos. Sila beri nama kepada guru
Pendidikan Islam kelas masing-masing
selewat-lewatnya minggu pertama Ramadhan.
dapat menghabiskan tilawah 30 juzuz Al-Quran
sebelum 15 Ogos. Sila beri nama kepada guru
Pendidikan Islam kelas masing-masing
selewat-lewatnya minggu pertama Ramadhan.
- Majlis Ilmu Waktu Rehat.
- Bacaan Yaasin dan Solat Hajat setiap Jumaat.
- Tazkirah Ramadhan setiap Rabu.
- Ceramah Nuzul Al-Quran.
- Bengkel persediaan Ramadhan khusus
untuk pelajar tingkatan 1.
Jadi sama-samalah kita menghidupkan
Bulan Ramadhan ini.
Jadi sama-samalah kita menghidupkan
Bulan Ramadhan ini.
No comments:
Post a Comment