Monday, June 30, 2008
Laporan Nadwah Kepimpinan Pengawas Kedua 2008
Matlamat program ini diadakan adalah untuk memberi motivasi kepada pengawas supaya lebih bertanggungjawab, berdisiplin, bersemangat dan menjalankan tugas dengan penuh komitmen. Acara dimulakan dengan sesi pendaftaran pada jam 8.20 pagi di surau.
Tepat jam 8.30 pagi, program dimulakan dengan ceramah kepimpinan yang disampaikan oleh Ustazah Hajjah Siti Arija. Ceramah ini berkisarkan tentang keperibadian dan tanggungjawab sebenar seorang pengawas . Para pengawas telah memberi respon yang positif semasa sesi ceramah berlangsung. Selain itu, acara kuiz telah diselitkan dalam sesi ceramah itu.
Pada jam 10.25 pagi, pengawas dijemput ke kantin untuk sesi kudapan. Selepas sesi kudapan selesai, program disambung semula pada jam 10.45pagi dengan acara pembengkelan. Para pengawas dibahagikan kepada 4 kumpulan mengikut kumpulan tugasan masing-masing. Melalui sesi ini setiap kumpulan diberi satu tajuk berbeza yang berkaitan dengan ceramah yang disampaikan oleh Ustazah Hajjah Siti Arija. Kemudian wakil setiap kumpulan diminta untuk membentangkan hasil kerja masing-masing. Program ini berakhir pada jam 1.00 petang.
Disediakan oleh,
Fatimah Hanim Bt Mohd Lazim
5 Saksama 2008
Pertandingan Catur Terbuka Remaja Master 2008
Pertandingan ini dimulakan pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 7.00 malam. Pertandingan bertambah meriah dengan kehadiran para ibu bapa yang datang menyaksikan dan memberi sokongan kepada anak-anak mereka. Di akhir pertandingan peserta dari Sekolah Menengah Abdul Rahmat Talib (SMART), Khairilhelmi telah memenangi pertandingan ini, manakala peserta tuan rumah iaitu Rudianto Bin Edi telah mendapat tempat yang kedua dalam kategori bawah 20 tahun setelah mengharungi pertandingan akhir yang mendebarkan. Walau bagaimanapun peserta perempuan tuan rumah bawah 16 tahun kurang bernasib baik apabila Shuhada Binti Sulaiman sekadar menduduki tempat ke empat.
Namun, ini merupakan satu pencapaian yang membanggakan bagi SMK Paya Besar apabila dua orang pelajar mampu menempatkan diri dalam kelompok 5 orang peserta terbaik dalam kategori yang disertai. Bagi pandangan pengetua SMK Paya Besar, Pn. Hajjah Hatijah Gan bt Abdullah, permainan catur dapat membantu otak pemain mahupun pelajar untuk sentiasa bergerak dan dapat memupuk pelajar meningkatkan kualiti pelajar dalam akedemik dan ko-kurikulum. Diharap agar pertandingan ini akan dapat diteruskan lagi pada tahun hadapan bagi mengembangkan lagi permainan catur dalam kalangan anak-anak muda di daerah ini khasnya.
Disediakan oleh,
Rudianto Bin Edi
Pengerusi Kelab Catur
SMK Paya Besar
Friday, June 27, 2008
Aktiviti Hari Koperasi Sekolah (HKS) Paya Besar
Pelbagai gaya dan ragam dapat disaksikan apabila pelajar-pelajar begitu sibuk mempromosikan gerai masing-masing. Keadaan ini hampir sama seperti dipasar-pasar malam disekitar bandar Kuantan. Ada yang menggunakan pembesar suara, maskot badut dan ada juga diantara pelajar membuat promosi jualan gerai-gerai mereka disekitar kawasan sekolah. Walaupun dalam keadaan cuaca yang tidak menentu tetapi para pelajar tetap meneruskan jualan mereka dalam keadaan terkawal. Pelajar-pelajar yang menyertai pesta ini bukan sahaja hanya berniaga tetapi turut menyertai pertandingan gerai terbaik. Semoga Koperasi SMK Paya Besar Berhad terus cemerlang dalam melahirkan usahawan suatu hari kelak.
disediakan oleh
Rudianto & Mohd Izham
HARI KOPERASI SMK PAYA BESAR 2008
a) Mewujudkan kerjasama antara pelajar dan guru dalam melaksanakan pelbagai aktiviti.
b) Memupuk budaya keusahawanan di kalangan pelajar-pelajar sebagai pewaris dalam kepimpinan koperasi masa depan.
c) Melaksanakan pelbagai kegiatan berunsur ekonomi, pendidikan dan sosial yang menyemarakkan lagi budaya koperasi.
d) Memperkembangkan bakat dan potensi pelajar dalam aktiviti-aktiviti yang disertai.



Disediakan oleh,
Sarina Binti Omar
5 Syumul 2008
PERTANDINGAN PIDATO HASIL 2008

Kejayaan anda kebanggaan SMKPB.
CERAMAH DARIPADA BEKAS PELAJAR CEMERLANG SMK PAYA BESAR
Monday, June 23, 2008
SEMINAR PEPERIKSAAN PMR



PERTANDINGAN HARI PENGGUNA MALAYSIA 2008


Cantik tak lukisan saya...?
Program Olimpiad Matematik Kebangsaan (OMK)
Semasa program tersebut dijalankan, semua peserta telah diberikan satu set kertas soalan matematik. Para peserta diminta menjawab semua soalan tanpa menggunakan kalkulator. Masa yang diperuntukkan ialah dua jam setengah.
Program ini bertujuan untuk menguji minda setiap peserta dan tahap penguasaan konsep matematik mereka.
Disediakan oleh,
Haleeda Aqeela Merican Noordin Binti Nazaruddin Merican Noordin
Peserta Olimpiad Matematik Kebangsaan 2008
Saturday, June 21, 2008
Selamat Datang Guru Baru
Majlis Ilmu
- Menahan pandangan dari kedua-dua pihak.
- Pihak wanita harus mengenakan pakaian yang sopan yang dituntut oleh syara’ yang menutupi seluruh tubuh selain muka dan tapak tangan. Jangan yang tipis dan jangan dengan potongan yang menampakkan bentuk tubuh.
- Mematuhi adab-adab wanita muslimah dalam segala perkara terutama dalam pergaulannya dengan lelaki.
- Menjauhkan diri dari bau-bauan yang harum dan warna-warna perhiasan yang seharusnya dipakai di rumah, bukan di jalan dan di dalam pertemuan-pertemuan dengan kaum lelaki.
- Jangan berduaan (lelaki dan perempuan) tanpa disertai muhrim.
- Pertemuan itu atas dasar keperluan yang dikehendaki untuk bekerjasama, tidak berlebih-lebihan, menimbulkan fitnah, atau melalaikannya dari kewajiban sucinya mengurs rumah tangga dan mendidik anak-anak.

Khusyuk mendengar Majlis Ilmu
Hari Pemuafakatan Akademik



Thursday, June 19, 2008
REGISTER NOW!!

Pertandingan Pelancaran Roket
Walaupun dalam situasi yang panas terik tetapi program ini berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada pelajar-pelajar dan juga guru. Permulaan yang agak baik, kumpulan pertama mencatat rekod kedua terjauh dan kumpulan yang terakhir mendapat tempat pertama dalam pertandingan tersebut.
Program ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan para pelajar dalam bidang sains dan teknologi angkasa dengan mengaplikasikan teori-teori dan konsep yang telah dipelajari di sekolah. Untuk melancarkan roket tersebut adalah menerusi tekanan air dengan mengepam daripada pam yang dikenali sebagai pelancar. Disamping itu, pelajar-pelajar yang menyertai pertandingan tidak perlu mengeluarkan belanja yang besar untuk menghasilkan roket yang hanya menggunakan botol plastik dengan reka bentuk aerodinamik yang canggih bagi melancarkan pergerakan roket.
Diharapkan program ini dapat menarik minat para pelajar untuk mengetahui bidang Sains dan Teknologi Angkasa dengan lebih mendalam.



Roket paling jauh...
Happy boys with their rocket.

Salute for Sir Hew.
LAPORAN LAWATAN KE UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA (UIA)
Rasionalnya lawatan ini diadakan untuk menaikkan semangat pelajar-pelajar aliran sains SMK Paya Besar dan menanam cita-cita untuk menjejakkan kaki dan menyambung pelajaran di sana. Seterusnya, pelajar dapat merasai cara dan suasana belajar di UIA. Selain itu, kami turut didedahkan dengan program pengajian yang ditawarkan di sana.
Sebelum bertolak ke UIA, para pelajar diminta berkumpul di hadapan dewan AL-Multaqa SMK Paya Besar pada pukul 11.15 pagi untuk memastikan semua pelajar yang hadir menyerahkan borang kebenaran. Kemudian guru yang mengiringi kami. Pn. Haniliza telah memberikan taklimat ringkas dan meminta pelajar menjaga tingkah laku & nama baik sekolah. Kami bertolak ke UIA pada pukul 11.30 pagi. Perjalanan kami memakan masa selama hampir setengah jam. Kami tiba di UIA kira-kira jam 12 tengah hari.
Ketibaan kami disambut Pn. Haryati iaitu salah seorang fasilitator di UIA. Beliau terus membawa kami ke Muzium Perubatan dan menceritakan sedikit sebanyak tentang sejarah UIA serta mendedahkan kami kepada program-program pengajian yang ada di sana secara terperinci. Menurut beliau UIA Kuantan merupakan institusi pengajian islam yang terbesar dan mempunyai enam fakulti atau dikenali sebagai kulliyyah.
Selepas itu, Pn. Haryati menyerahkan majlis itu kepada En. Elzmil iaitu salah seorang pegawai di muzium tersebut. Beliau telah menerangkan tentang spesimen-spesimen yang ada di dalam muzium tersebut. Beliau juga telah menceritakan satu persatu bagaimana mereka menjalankan proses viariest cardivest. Daripada maklumat yang disampaikan, kami memperolehi banyak ilmu baru. Setelah selesai sesi penerangan, kami diberi masa selama 30 minit untuk melihat spesimen yang ada. Pelbagai respon dan pertanyaan yang keluar dari bibir bakal-bakal doktor SMK Paya Besar. Selepas itu, kami dibawa masuk ke bilik mayat dan diberi penerangan mengenai mayat-mayat yang diterima untuk dijadikan bahan uji kaji untuk pelajar perubatan. Kami berasa sedikit kecewa kerana tidak dapat masuk ke bilik SPA yang mengandungi mayat dan alat-alat pengawetan.
Setelah 10 minit berlalu, kami kembali ke muzium dan sesi soal jawab berlangsung untuk menguji kepekaan kami semasa penerangan diberikan. Lima orang pelajar telah diberikan cenderamata kerana berjaya menjawab soalan yang dikemukakan dengan betul. Tepat jam 2 petang, sesi lawatan kami tamat. Kami pulang dengan gembira dan harapan yang menggunung untuk menjejakkan kaki ke sana lagi sebagai salah seorang pelajar UIA.
Lawatan tersebut berjalan lancar dan mendapat kerjasama yang jitu daripada semua pihak. Objektif lawatan yang dirangcang berjaya dicapai. Adalah diharapkan lawatan seperti ini dapat diadakan dengan lebih kerap pada masa hadapan.
Laporan disediakan oleh,
FATIMAH HANIM BINTI MOHD LAZIM
(PELAJAR 5 SAKSAMA)
Wednesday, June 18, 2008
Lawatan ke Muzium Tokoh Negeri Pahang
Antara objektif kajian tersebut ialah
- Mengenal pasti perjuangan rakyat dalam membangunkan negara.
- Memupuk semangat cintakan negara.
- Menghargai perjuangan dan sumbangan tokoh kajian.
- Menjadi warganegara yang patriotik dan bertanggungjawab dalam usaha meningkatkan maruah dan imej negara.
Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada En. Helmi bin Ishak iaitu Pegawai Penerangan, Muzium Tokoh Negeri Pahang, Jalan masjid Kuantan yang telah membantu kami dalam mendapatkan maklumat. Selain itu, ucapan terima kasih juga kepada rakan-rakan yang telah memberi kerjasama dalam melaksanakan projek ini serta guru-guru pengiring iaitu Pn. Hajjah Rozlawati Ariffin dan Cik Syarmilla Mokhtaruddin.
Disediakan oleh
MOHD ASRUL NIZAM BIN SHAM NAZRI
Pengerusi Projek Khidmat Masyarakat
Tuesday, June 17, 2008
Program "Team Building"
Pada Selasa, 17 Jun 2008 telah berlangsung Program "Team Building" yang telah dianjurkan oleh Unit Perhubungan dan Promosi Sekolah (SRPP), Multimedia University dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Pahang. Program berlangsung di Dewan Multaqa' SMK Paya Besar selama sehari. Menurut pihak penganjur, program ini berhasrat agar pelajar dapat memperoleh ilmu dan pengalaman serta boleh menerapkan kualiti dalam kehidupan seharian mahupun dalam sekolah. Antaranya seperti :
- cara-cara membentuk jaringan sosial (Team Formation)
- membina kesepakatan berkumpulan (Team Unity)
- memupuk sara percaya dan hormat menghormati di kalangan ahli pasukan (Team trust & Respect)
- memahami dan mencapai matlamat berlandaskan objektif pasukan (Team Purpose & Outcomes)
- Cara-cara menyelesaikan masalah dan konflik dalam pasukan
Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini.

Pelajar terlibat dalam aktiviti berkumpulan
Lawatan Sambil Belajar Ke Kota Gelanggi, Jerantut
Pelbagai aktiviti yang dilakukan sesudah sampai di Gua Kota Gelanggi. Penjelajahan bermula di Gua Balai. Di sana pelbagai peninggalan khazanah bumi seperti Penyelidikan Arkeologi dan Penempatan awal Zaman Paleolitik.
Seterusnya perjelajahan kami beralih ke Gua Terang Bulan. Suasana di dalam Gua Terang Bulan agak suram dan menyeramkan. Kami mendapat panduan tunjuk arah daripada Renjer Perhutanan. Penjelajahan di dalam gua ini mengambil masa 30 minit. Didalam Gua Terang Bulan, kami dapat melihat kilauan batu kristal dan bentuk kuda serta wanita yang sedang mendukung anak. Yang paling penting kami dapat mengetahui asal usul nama Gua Terang Bulan.
Lebih kurang jam 3.45 petang kami bertolak ke Gua Senyum. Di sana kami berhenti menatap keindahan gunung tersebut lebih kurang 1 jam sahaja. Kami merasa sangat gembira.
Perjalanan pulang bermula pada jam 5.30 petang dan sampai di SMK Paya Besar pada jam 7.50 malam.
Terima kasih kepada pihak sekolah kerana telah memberi sokongan kepada lawatan ini. Juga kepada semua guru-guru yang mengiringi kami, terima kasih cikgu...
Dilaporkan oleh
NURHATIRAH KAMARAZAMAN
Setiausaha Persatuan Sejarah
SMK Paya Besar.
Monday, June 16, 2008
Pelancaran Minggu Sains & Matematik 2008

Sepanjang Minggu Sains & Matematik ini banyak aktiviti yang akan dijalankan. Antaranya Pameran Sains & Matematik, Treasure Hunt, Persembahan Teknologi Maklumat, Lawatan, Kuiz dan Pertandingan Pelancaran Roket. Pelajar-pelajar amat digalakkan untuk mengambil bahagian secara aktif dalam aktiviti tersebut. Dengan ini diharapkan pelajar mempunyai minat yang mendalam dalam bidang Sains dan Matematik.
Make a Smilebox scrapbook |
Sunday, June 15, 2008
Ucapan Perasmian Laman Blog Dari Pengetua SMK Paya Besar
Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Illahi sempena Minggu Sains & Matematik 2008 SMK Paya Besar telah berjaya melancarkan Laman Blog ini yang boleh memaparkan segala aktiviti yang berlaku di sekolah pada setiap hari, minggu dan bulan.
Laman blog ini juga memberi peluang kepada pelajar, guru dan ibu bapa untuk memberikan pandangan, kritikan dan berinteraksi dengan pihak sekolah dalam pelbagai isu.
Terima kasih dan tahniah kepada Pn. Sharifah Faridah Hanim dan AJK Kelab Komputer yang telah berusaha melancarkan Laman Blog sekolah dan diharap usaha ini akan berterusan.
Tahniah dan syabas. Semoga SMK Paya Besar tetap gemilang.

Pn Hajjah Hatijah Gan bt Abdullah
Pengetua
SMK Paya Besar
Saturday, June 14, 2008
Kursus Pengendalian Stress
Kursus dimulakan dengan ceramah yang disampaikan oleh Dr. Nur Aiza. Antara yang dibincangkan ialah definisi stress, faktor risiko, tanda-tanda dan tahap stress, kesan kepada kesihatan dan cara mengatasinya. Kemudian diikuti dengan bengkel dan perbentangan senario-senario yang dibincangkan oleh setiap kumpulan. Guru-guru juga telah menjalani ujian ringkas DASS21 (Depression, Anxienty, Stess, Scale) dan jenis pesonaliti.
Dengan pengisian ilmu ini semoga seluruh warga SMK Paya Besar dapat mengenal pasti dan menguruskan stress dengan baik.
Friday, June 13, 2008
Majlis Bacaan Yassin


Lawatan Anugerah Sekolah Lestari
Wednesday, June 11, 2008
Tuesday, June 10, 2008
Hari Orientasi Pelajar Tingkatan 6.
Monday, June 9, 2008
Amanat Pengetua di Perhimpunan Pertama Penggal 2 2008
Disamping itu, Puan Pengetua juga mengingatkan pelajar agar sentiasa menjaga kebersihan persekitaran sekolah. Tanggungjawab menjaga kebersihan adalah tanggungjawab yang kolektif dari semua pihak termasuk guru, pelajar dan pekerja sekolah. Oleh itu semua pihak harus merasa kebersamaan tanggungjawab untuk menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah.