Pertandingan ini dimulakan pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 7.00 malam. Pertandingan bertambah meriah dengan kehadiran para ibu bapa yang datang menyaksikan dan memberi sokongan kepada anak-anak mereka. Di akhir pertandingan peserta dari Sekolah Menengah Abdul Rahmat Talib (SMART), Khairilhelmi telah memenangi pertandingan ini, manakala peserta tuan rumah iaitu Rudianto Bin Edi telah mendapat tempat yang kedua dalam kategori bawah 20 tahun setelah mengharungi pertandingan akhir yang mendebarkan. Walau bagaimanapun peserta perempuan tuan rumah bawah 16 tahun kurang bernasib baik apabila Shuhada Binti Sulaiman sekadar menduduki tempat ke empat.
Namun, ini merupakan satu pencapaian yang membanggakan bagi SMK Paya Besar apabila dua orang pelajar mampu menempatkan diri dalam kelompok 5 orang peserta terbaik dalam kategori yang disertai. Bagi pandangan pengetua SMK Paya Besar, Pn. Hajjah Hatijah Gan bt Abdullah, permainan catur dapat membantu otak pemain mahupun pelajar untuk sentiasa bergerak dan dapat memupuk pelajar meningkatkan kualiti pelajar dalam akedemik dan ko-kurikulum. Diharap agar pertandingan ini akan dapat diteruskan lagi pada tahun hadapan bagi mengembangkan lagi permainan catur dalam kalangan anak-anak muda di daerah ini khasnya.
Disediakan oleh,
Rudianto Bin Edi
Pengerusi Kelab Catur
SMK Paya Besar
No comments:
Post a Comment