Jumaat 20 Jun 2008 bertempat di Surau Al-Hikmah, jam 12 tengahari, telah berlangsung Tazkirah Mingguan untuk pelajar-pelajar perempuan. Tazkirah hari ini telah disampaikan oleh guru-guru praktikum ROS Cik Nur Naeimah Syuhada dan Cik Nur Hafizah . Sebilangan pelajar-pelajar perempuan telah menghadirinya. Tajuk majlis ilmu kali ini ialah Batas-batas Pergaulan antara Lelaki dan Perempuan.
Antara inti pati penting yang dibincangkan
- Menahan pandangan dari kedua-dua pihak.
- Pihak wanita harus mengenakan pakaian yang sopan yang dituntut oleh syara’ yang menutupi seluruh tubuh selain muka dan tapak tangan. Jangan yang tipis dan jangan dengan potongan yang menampakkan bentuk tubuh.
- Mematuhi adab-adab wanita muslimah dalam segala perkara terutama dalam pergaulannya dengan lelaki.
- Menjauhkan diri dari bau-bauan yang harum dan warna-warna perhiasan yang seharusnya dipakai di rumah, bukan di jalan dan di dalam pertemuan-pertemuan dengan kaum lelaki.
- Jangan berduaan (lelaki dan perempuan) tanpa disertai muhrim.
- Pertemuan itu atas dasar keperluan yang dikehendaki untuk bekerjasama, tidak berlebih-lebihan, menimbulkan fitnah, atau melalaikannya dari kewajiban sucinya mengurs rumah tangga dan mendidik anak-anak.
Terima kasih kepada Cik Nur Naeimah Syuhada dan Cik Nur Hafizah di atas perkongsian ilmu untuk kali ini. Hari ini juga merupakan hari terakhir mereka di SMK Paya Besar. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan mereka sepanjang sebulan berada di sekolah ini. Moga ia menjadi pengalaman bermakna dalam hidup anda yang bakal menjadi guru tidak lama lagi.
Khusyuk mendengar Majlis Ilmu
No comments:
Post a Comment