Tepat jam 12 tengahari tazkirah untuk pelajar perempuan berjalan seperti yang di rancang. Untuk kali ini giliran Ustazah Hjh Siti Arija Abdul Rahman pula menyampaikan tazkirahnya. Tajuknya ialah Welcome Ramadhan Al-Mubarak
MUKADIMAH
Bulan Ramadan adalah bulan yang sangat popular di kalangan umat Islam berbanding bulan-bulan lain. Umat Islam sentiasa menunggu kehadiran bulan Ramadan kerana di dalam terdapat berbagai keistimewaan seperti perintah diwajibkan berpuasa, terjadinya malam Al-Qadar, Nuzul Al-Quran dan diberi ganjaran yang besar kepada sesiapa yang tekun dan ikhlas beramal soleh.
Firman Allah SWT, "Bulan Ramadan adalah bulan yang di dalamnya diturunkan Al-Quran untuk menjadi petunjuk bagi manusia dan bermacam-macam keterangan yang merupakan petunjuk dan pemisah antara yang benar dan yang batil."– Surah Al-Baqarah : 185
TAKRIF RAMADHAN
Ramadan maknanya SANGAT TERIK atau YANG PANAS KERANA TERIK MATAHARI. Orang Arab ketika meminda nama-nama bulan dari bahasa lama ke bahasa Arab mengikut masa dan suasana ketika itu. Kebetulan bulan Ramadan ketika itu musim panas yang terik maka dinamakan bulan itu Ramadan.
Bulan ini dinamakan Ramadan kerana pahala orang yang berpuasa pada bulan ini dapat membakar dosa-dosanya seperti sabda Rasulullah SAW, " Siapa yang berpuasa dalam bulan Ramadan dengan bersungguh-sungguh beriman dan ikhlas kerana Allah semata-mata, pasti Allah akan mengampunkan dosa-dosanya yang dahulu."
NAMA-NAMA BULAN RAMADAN
1. Shahrullahi – Bulan Allah. Bulan ini Allah sandarkan kepada diriNya sendiri.
2. Syahrul alai – Bulan yang penuh kenikmatan dan limpah kurnia.
3. Syahrul Quran – Bulan yang didalamnya diturunkan permulaan Al-Quran.
4. Syahrun najah- Bulan pelepasan dari azab neraka.
5. Syahrul jud – Bulan memberikan keihsanan kepada sesama manusia dan melimpahkan bantuan kepada fakir miskin atau bulan sedekah.
6. Syahrul muwasah – Bulan memberikan pertolongan kepada yang berhajat.
7. Syahrut Tilawah – Bulan membaca Al-Quran atau bulan yang perlu bersungguh-sungguh membaca dan memahami Al-Quran.
8. Syahrush Shabri – Bulan melatih diri bersabar atas segala penderitaan yang dihadapi dalam melaksanakan tugas-tugas harian dan agama dengan reda.
9. Syahrush Shiyam – Bulan melaksanakan ibadah puasa.
10. Syahrur Rahmah – Bulan Allah limpahkan rahmatNya kepada hambaNya.
11. Syahrul ‘id – Bulan yang dirayakan bila tamatnya.
TAKRIF PUASA
Dari segi bahasa:
Menahan diri dari sesuatu dan meninggalkan sesuatu.
Dari segi istilah ulamak syarak:
Menahan diri dari segala yang membatalkan puasa dari fajar hingga terbenam matahari disertai dengan niat dan keikhlasan.
TARAF PUASA
1. PUASA UMUM
Puasa orang yang semata-mata menahan lapar dan dahaga serta mencampuri suami/isteri.
2. PUASA KHUSUS
Puasa yang yang seperti puasa umum tetapi ditingkat lagi dengan menahan pandangan, pendengaran, perkataan serta seluruh anggota badan dari perkara-perkara maksiat dan tidak berfaedah
3. PUASA KHUSUSUL KHUSUS
Puasa seperti puasa khusus dan ditingkatkan lagi dengan mematikan hati, angan-angan dan fikiran yang berhubung dengan keduniaan yang tidak berfaedah.
PENJELASAN WAJIB BERPUASA
Puasa bulan Ramadan adalah rukun Islam yang keempat. Mula disyariatkan pada hari Isnin 2 Syaaban tahun kedua hijrah, iaitu dua tahun setelah Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Madinah.
Firman Allah SWT,
Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan atas umat-umat yang sebelum kamu, mudah-mudah kamu lebih bertaqwa. – Surah Al-Baqarah :183
Sabda Rasulullah
Dari Ibnu Umar t ia berkata: Rasulullah SAWtelah bersabda Islam itu ditegakkan atas lima dasar, iaitu bersaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad utusan Allah, mendirikan solat, membayar zakat, mengerjakan haji dan berpuasa di bulan Ramadan.
ORANG YANG DIWAJIBKAN BERPUASA
1. Orang Islam.
2. Sihat akal.
3. Baligh.
4. Menetap (tidak musafir).
5. Suci dari hadas besar.
6. Mampu melakukan puasa.
ORANG YANG TIDAK DIWAJIBKAN BERPUASA
1. Kafir.
2. Gila.
3. Kanak-kanak.
4. Sedang sakit.
5. Lemah anggota badan.
6. Musafir.
7. Sangat tua.
8. Haid dan nifas.
9. Hamil atau yang menyusukan anak.
SYARAT-SYARAT SAH PUASA
1. Islam.
2. Suci dari hadas besar.
3. Tamyiz.
4. Berpuasa pada waktunya.
RUKUN PUASA
1. Niat Sahaja aku puasa esok hari menunaikan fardu Ramadan tahun ini kerana Allah Taala.
2. Meninggalkan perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari.
PERKARA-PERKARA SUNAT KETIKA PUASA
1. Makan sahur (lewatkan).
2. Tidak bercakap perkara yang kotor dan tidak berfaedah.
3. Segera berbuka.
4. Mendahulukan solat Maghrib.
5. Berbuka dengan kurma atau air.
6. Baca doa berbuka puasa.
PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA
1. Makan atau minum di waktu siang dengan sengaja.
2. Memasukkan sesuatu dalam rongga badan dengan sengaja.
3. Muntah dengan sengaja.
4. Melakukan persetubuhan pada waktu siang.
5. Mengeluarkan mani dengan sengaja.
6. Keluar darah haid dan nifas.
7. Gila.
8. Mabuk atau pengsan sepanjang hari.
9. Berbuka puasa sebelum waktunya.
10. Murtad.
PERKARA-PERKARA YANG MAKRUH KETIKA PUASA
Sebahagian ulamak memakruhkan melakukan perkara-perkara berikut :
1. Sengaja berbekam.
2. Merasa makanan dengan lidah.
3. Berkumur-kumur yang keterlaluan.
4. Mengulum sesuatu.
5. Menggosok gigi selepas tergelincir matahari.
PERKARA YANG DIGALAKKAN KETIKA BERBUKA DAN SAHUR
1. Berbuka dengan makanan yang berkuah, suam dan mudah hancur seperti sup.
2. Makan sedikit sahaja sebelum solat Maghrib.
3. Berhenti makan sebelum kenyang.
4. Lewatkan makan sahur
5. Baca doa sebelum dan sesudah makan
6. Banyakkan minum air meniral
PERKARA YANG PERLU DIJAUHI KETIKA BERBUKA DAN SAHUR
1. Elakkan dari makan terlalu banyak
2. Elakkan dari menyediakan makan yang terlalu banyak dan beraneka jenis
3. Elakkan dari banyak makanan yang pedas
4. Elakkan dari banyak makan daging
5. Elakkan dari banyak berjaga malam dengan perkara yang tidak berfaedah
6. Elakkan dari banyak tidur waktu siang
7. Elakkan dari tidur terus sesudah makan
KEISTIMEWAAN RAMADHAN
1. Bulan yang telah dipilih untuk ibadah puasa sebagai tanda kesyukuran kepada Allah atas nikmatNya yang sangat besar.
2. Bulan yang dipilih untuk solat sunat Tarawih
3. Bulan yang dipilih oleh Allah di dalamnya satu malam yang sangat istimewa iaiti Lailatul Qadar.
4. Bulan yang telah dipilih untuk kita melakukan aktiviti-aktiviti ibadah seperti tadarus Al-Quran, sedekah, solat sunat, berzikir dan lain-lain ibadah.
5. Bulan yang telah dipilih berlakunya peperangan Badar Al-Kubra dan kemenangan umat Islam. Merayakan 17 Ramadan sekaligus merayakan malam Nuzul Al-Quran dan kemenangan Badar.
6. Bulan yang Nabi r menawan Kota Mekah dari kaum musyrikin dan dengan peristiwa ini berakhirlah penyembahan berhala di sisi Kaabah.
7. Banyak hadis yang menceritakan keistimewaan Ramadan, antaranya :
a. Jika umatku tahu apa yang terkandung dalam Ramadan, nescaya mereka ingin sepanjang tahun itu Ramadan sahaja.
b. Telah datang kepada kamu bulan yang diberkati, kamu diwajibkan berpuasa, pada bulan itu dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka, syaitan-syaitan dibelenggu, di dalamnya terdapat satu malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Siapa yang menghormati kebaikannya, maka sesunggunya dia akan dihormati. – Riwayat Ahmad, An-Nasai & Al-Baihaqi
c. Dari Abu Hurairah bahawa Nabi SAW bersabda , "Solat lima waktu, Jumaat ke Jumaat, Ramadan ke Ramadan menutup dosa-dosa yang dilakukan di antaranya, asalkan dijauhi dosa besar." - Muslim.
d. Siapa yang membatalkan puasanya dalam bulan Ramadan walaupun sehari tanpa rukhsah yang ditentukan oleh Allah atau sakit maka tidak akan dapat mengantikan puasanya itu walaupun dia mengqada selama-lamanya).– Abu Daud
8. Kitab-kitab yang diturunkan kepada Nabi-nabi banyak diturunkan dalam bulan Ramadan : Suhuf Ibrahim (malam pertama RamadanZabur – Nabi Daud (12 Ramadan) Injil – Nabi Isa (18 Ramadan)Al-Quran – Nabi Muhammad r (17 Ramadan)
9. Awal Ramadan adalah rahmat, pertengahannya keampunan dan akhir Ramadan adalah pembebasan dari api neraka.
10. Amalan sunat diganjar sama dengan fardu di bulan lain dan amalan wajib dinilai 70 kali ganda.
11. Rezeki orang beriman dilipatgandakan.
PENUTUP
Sebenarnya masih banyak kajian dan pendapat ulamak-ulamak Islam tentang Ramadan dan puasa. Mudah-mudahan sedikit dari ilmu yang kita bincangkan hari ini dapat memberi munafaat dan peringatan kepada kita serta dapat mengamalkannya, Isnya Allah.
Alhamdulillah, banyak maklumat yang dapat diperolehi sebagai perssdiaan dan persiapan untuk semua warga SMK Paya Besar menghadapi bulan yang penuh baraqah ini. Dikesempatan ini juga Unit IT SMK Paya Besar mengucapakan Ramadhan Al-Kareem buat semua warga SMK Paya Besar. Moga Ramadhan kali ini menjadi medan untuk kita semua membentuk insan yang bertaqwa disisi Allah SWT.

No comments:
Post a Comment