Hari ini, Khamis 7 Ogos 2008 SMK Paya Besar menjadi tuan rumah Seminar Projek Jawab Untuk Jaya (JUJ) SPM Negeri Pahang 2008 bagi semua sekolah-sekolah daerah Kuantan. Seminar berlangsung dari jam 2.00 hingga 5.oo petang dan melibatkan mata pelajaran Bahasa Melayu 1, Bahasa Melayu 2, Prinsip Perakaunan, Matematik, Matematik Tambahan, Bahasa Inggeris, Science, Sejarah dan Pendidikan Agama Islam. Projek JUJ tahunan ini merupakan projek kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Pahang, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pahang, Yayasan Pahang dan Jabatan Agama Islam Pahang.
Pelaksanaan Projek Jawab Untuk Jaya (JUJ) diharap dapat meningkatkan prestasi yang lebih tinggi dalam peperiksaan SPM samada di tahap cemerlang, kepujian dan lulus. Disamping itu untuk mengemblengkan kepakaran yang ada diperingkat negeri, daerah dan sekolah. Dengan ini diharapkan projek JUJ dapat membantu guru dan pelajar.
Pendaftaran guru-guru
JUJ Prinsip Perakaunan
JUJ Bahasa Melayu 1
JUJ Bahasa Melayu 2
JUJ Matematik Teras
No comments:
Post a Comment