Teater julung-julung kali yang diadakan telah mendapat tempat sambutan yang menghangatkan. Tahniah kepaa warga produksi teater kerana memeriahkan Sambutan Kemerdekaan di SMK Paya Besar terutama 'The man behind the scene'... En Daeme Abu Bakar.
Sinopsis Teater
Drama mengisahkan Pegawai Melayu yang bekerja dengan kerajaan British yang menjajah negara ini. Dia bersikap sombong dan memusuhi bangsa sendiri yang menuntuk kemerdekaan. Dia tidak yakin bahawa bangsanya sendiri dapat hidup merdeka. baginya, penjajah Ingeris masih diperlukan. apabila negara mencapai kemerdekaan, pegawai berkenaan terus menjadi pegawai kerajaan. Pada mulanya dia berlagak seperti pegawai pada zaman British, tetapi akhirnya dia sedar akan peranan atau tanggungjawabnya untuk bersam-sama dengna rakyat bagi membangunkan negara tercinta yang telah merdeka....
Tenaga Produksi :
Pengarah : Nadia Safira bt Mohd Firdaus Pen. Pengarah : Karmila bt Irwan Penata Muzik/Cahaya : Muhammad Ramiz b Roslan Pereka Set : Nadia Safira bt Mohd Firdaus Tenaga Kreatif 1 : Mohammad Saifurijal b Mohammed Nasir Tenaga Kreatif 2 : Nurul Bismi bt Irwan Tenaga Kreatif 3 : Fatihul Solehah bt Saadon Tenaga Kreatif 4 : Nurul Shahida bt Mohamed Alias
Dibintangi oleh :
Pegawai : Muhammad Shafiq b Azhar Perempuan Tua : Fadia bt Shamsudin Gadis : Nurul Hijrah bt Asayir Orang Muda : Mohamad Hafizuddin b Mohd Nazri Orang Tua : Abdul Muiz b Abdul Wahab Dibantu oleh : Mohamad Saifurijal b Mohamed Nasir, Nurul Bismi bt Irwan, Fatihatul Solehah bt Saadon, Nurul Shahida bt Mohamed Alias, Megat Abu Hurairah b Megat Ahmad Radzi, Hafizul b Yushahril, Mohamad Abdul Karim b Badrul Hisham, Nur Fatin Fatihah bt Rozemi, Wan Nurul Syuhada bt W Rameli, Mohd Syazrie Azzua bt Zahariya, Mohd Amir Irwan b Mohd Alias, Mohd Faiz Hilmi b Fadzil, Mohd Faez b Abu Bakar, Mohd Shahril b Ramlan, Noor Farahanim bt Rahimi
KITA KATAKAN TIDAK
Kita katakan tidak
Ketika wajah anak-anak
Menerpa ke mata
Akal terang menolak saranan perang
Kita katakan tidak dengan sepenuh suara
Kerana kita terbaca
Selera sengsara
Dimanakah mesra manusia
Apabila nista menjadi mulia
Korban siksa pembangkit bangga?
Lihatlah
Kesombongan kian membesar
Kemanusian hilang akal
Kita katakan tidak kepada perang
Ketika manusia bermata lara
Berduyun ke mata kita
Bagaimana kau disana
Adakah bagi mu
Wajah penderitaan hanya kotoran
tidak bertempat di perasaan
Kita katakan tidak
Kerana tamadun mengajarkan
Megah jangan melimpah
Kita di ikat tali sejarah
Itu hasrat tidak bersukat
Ceracakan duri memagar niat
Kita ulangi kata 'Tidak'
Kita hadapi kuasa 'Tidak'
2 comments:
teater ni sentiasa dlm ingatan saya... sayang smkpb sgt2.. xkan pnah lupe skolah ni sampai ble2...
Rindu betul time ni and semua kawan2 😔😔😔
Post a Comment