Perhimpunan hari Rabu berjalan lancar.
Lapuran guru bertugas minggu ini oleh
En Anuar Mohamed.
1. Menasihatkan pelajar mencontohi Imam Syafie
dalam berdisplin menuntut ilmu sebagai
contoh umur 8 tahun sudah boleh
menghafaz al-quran.
2. Kehadiran peljar dalam latihan merentas desa
tidak menggalakkan. Hanya 10% sahaja
peratus kehadiran. Diharap latihan untuk
hari esok bagi rumah BIRU & HIJAU meningkat.
3. Hari ini aktiviti kokurikulum bermula
pada jam 3.00 PM untuk Kelab & Persatuan
dan 4.30 PM untuk Unit Beruniform.
Kemudian Tazkirah 5 Minit telah diberikan
oleh Ustazah Hjh Mariam Sy Abd Rahman.
Beliau menceritakan pelajar tentang Kisah Khannas
dengan Nabi Adam dan Hawa.
Pengajaran yang dapat diambil
dari kisah ini ialah
sentiasa berwaspada dengan tipu helah syaitan
yang sentiasa mengganggu dan berbisik-bisik
dalam hati manusia untuk melakukan kejahatan.
Oleh itu perbanyakkan berbuat ibadah dan
kebajikan agar hati kita bersih
dan penuh dengan iman.
Akhirnya Pn Asmaiani mewakili JK Kebajikan
mengumumkan hadiah pemberian zakat
kepada pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan.
Penyampaian tersebut telah disempurnakan oleh
Tn Hj Karim Man, Pengetua SMK Paya Besar, dan
Datin Hjh Fauziah Ismail, AAP., GPK Pentadbiran.
Semoga sedikit sumbangan dapat
membantu bebanan kewangan pelajar
dalam persiapan ke sekolah awal tahun ini.
mengumumkan hadiah pemberian zakat
kepada pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan.
Penyampaian tersebut telah disempurnakan oleh
Tn Hj Karim Man, Pengetua SMK Paya Besar, dan
Datin Hjh Fauziah Ismail, AAP., GPK Pentadbiran.
Semoga sedikit sumbangan dapat
membantu bebanan kewangan pelajar
dalam persiapan ke sekolah awal tahun ini.
Dan sebelum bersurai sesi bergambar
untuk guru-guru yang segak bergaya hari ini
dengan pakaian unit uniform.
untuk guru-guru yang segak bergaya hari ini
dengan pakaian unit uniform.
No comments:
Post a Comment