
Assalamualaikum warahmatullahi Wabarakatuh.
Sebelum saya mulakan ucapan saya pada pagi yang berbahagia ini, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada 60 orang pelajar yang telah dipilih untuk mengikuti Kursus Imam dan Bilal Muda 2010 pada Hari Jumaat dan Sabtu lepas. Saya bagi pihak Pengurusan SMKPB juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Penganjurnya iaitu Unit Bina Insan di bawah pimpinan GPK HEM Encik Mohamed bin Che Ibrahim dan Penyelaras Program Puan Norihan binti Ahamed dan AJK nya serta fasilitator-fasilitator yang terlibat dengan program ini. Semoga usaha yang dijalankan itu mendapat keredhaan Allah.
Sebelum saya mulakan ucapan saya pada pagi yang berbahagia ini, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada 60 orang pelajar yang telah dipilih untuk mengikuti Kursus Imam dan Bilal Muda 2010 pada Hari Jumaat dan Sabtu lepas. Saya bagi pihak Pengurusan SMKPB juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Penganjurnya iaitu Unit Bina Insan di bawah pimpinan GPK HEM Encik Mohamed bin Che Ibrahim dan Penyelaras Program Puan Norihan binti Ahamed dan AJK nya serta fasilitator-fasilitator yang terlibat dengan program ini. Semoga usaha yang dijalankan itu mendapat keredhaan Allah.
Guru-guru dan Pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian,
Pada Hari rabu yang lepas saya telah memperkatakan tentang visi sekolah. Hari ini saya akan memperkatakan tentang misi pula. Saya ingin ulangi VISI SMK PAYA BESAR ialah Menjadikan SMK Paya Besar GEMILANG Antara Sekolah Harian Biasa Pada tahun 2013.
Bagi mencapai visi ini tujuh perkara telah digariskan sebagai misi sekolah.
1.Kegemilangan Akademik melalui Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan.
2. Kegemilangan Sahsiah melalui Program Bina Insan yang Efektif.
3. Kegemilangan Kokurikulum melalui Pendekatan Inovatif.
4. Kegemilangan Pengurusan Sekolah.
5. Tahap Keselamatan, Kebersihan dan Kecerian yang Maksimum.
6. Hubungan Komuniti yang Berkesan.
7. Bekerja Sebagai Ibadah.
PERSOALANNYA?
Bagaimana misi yang digariskan itu boleh kita capai. Ingat! Visi yang hendak dicapai ialah Gemilang bukannya Cemerlang. Gemilang berada pada satu tahap yang lebih tinggi dari cemerlang tetapi berada pada satu tahap yang lebih rendah dari terbilang Hari ini saya akan memperkatakan misi yang pertama iaitu Kegemilangan Akademik melalui Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan. Ada dua ungkapan penting dalam misi tersebut iaitu Kegemilangan Akademik dan P&P Berkesan. Bagaimana kita hendak merealisasi ungkapan tersebut.?
Sekarang, rata-rata orang bercakap tentang KPI , iaitu Key Performance Indicator atau dalam bahasa Melayu disebut Indeks Penunjuk Kejayaan. Bagi mencapai misi tersebut, saya rasa KPI yang boleh ditetapkan dan saya yakin guru-guru dan juga pelajar –pelajar bersetuju dengan saya iaitu KPI nya ialah guru mengajar dan murid belajar. Memandangkan KPI mesti dalam bentuk yang boleh dihitung atau dikira dan setiap mereka yang terlibat mesti mempunyai KPI masing-masing saya kira KPI bagi guru mungkin, menghabiskan satu-satu topik dalam jangkamasa tertentu atau memberikan jumlah soalan tertentu bagi dijawab oleh pelajar dan bagi pelajar pula KPI nya mungkin ialah menyiapkan kerja yang diberikan dalam tempoh masa tertentu atau menjawab jumlah soalan tertentu dalam masa tertentu.
Bagaimana kita hendak mengetahui sama ada P&P itu berkesan atau tidak? Sudah tentu kita akan lihat berdasarkan kepada ujian atau peperiksaan sama ada yang dijalankan oleh pihak sekolah iaitu ujian bulanan atau topical , atau yang dijalankan secara berpusat iaitu Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Peperiksaan Akhir Tahun . Dan yang lebih penting lagi ialah keputusan yang dicapai dalam Peperiksaan Awam iatu PMR bagi Tingkatan Tiga, SPM bagi Tingkatan Lima dan STPM bagi Pelajar Pra Universiti. Lantaran itu saya rasakan KPI yang paling sesuai bagi seorang guru ialah ETR yang perlu dicapai bagi mata pelajaran yang diajarnya dan bagi pelajar pula ialah Target bagi mata pelajaran yang diambilnya.
Perlu diingatkan bahawa kegemilangan yang hendak dicapai adalah berbeza bagi seseorang individu. Bagi seorang pelajar yang selalu mendapat E dalam mata pelajaran matematik misalnya. Kegemilangannya mungkin ialah jika dia boleh mencapai C atau B dalam peperiksaan Akhir Tahun bagi pelajar Tingkatan 1, 2 atau PMR bagi pelajar tingkatan 3. Saya rasa kita boleh fikirkan sendiri apakah KPI yang sesuai bagi kita.
Wabilahi Taufik Wal Hidayah , Wassalamualaikum warahmatullahi Wabarakatuh.
Hj Karim B Man, SMP
Pengetua
SMK Paya Besar
*teks penuh ucapan pengetua pada perhimpunan 1 Februari 2010.
Wabilahi Taufik Wal Hidayah , Wassalamualaikum warahmatullahi Wabarakatuh.
Hj Karim B Man, SMP
Pengetua
SMK Paya Besar
No comments:
Post a Comment