
telah diadakan di Shahzan Inn Kuantan.
Tahniah kepada Jawatankuasa Kelab Staff SMKPB 2010
kerana telah menganjurkan majlis ini dengan jayanya.

oleh En Mohd Izzudin Che Ismail.
Juruacara pada majlis kali ini ialah
En Muhammad Sabri Salim yang digandingkan
bersama dengan Cik Wan Nooraini Wan Muhammad.
Tahniah kepada beliau berdua kerana
berjaya menghidupkan majlis.
Tidak kering gusi tetamu yang hadir
dihiburkan dengan gurauannya.
Majlis diisi dengan ucapan aluan oleh
Pengerusi Kelab Staff 2010 En Wan Sayuti W Mohamed.
Kemudian diikuti dengan ucapan dan harapan oleh
Tuan Pengetua SMK Paya Besar En Nandakumaran.
Majlis diserikan dengan Tayangan Multimedia
dari Unit ICT SMK Paya Besar dan sendaloka
yang disampaikan oleh Pn Hjh Kamriah Jusoh.
Sungguh mencuit hati mendengar sendaloka,
gurauan adik beradik yang sederhana tapi bermakna....
dari Unit ICT SMK Paya Besar dan sendaloka
yang disampaikan oleh Pn Hjh Kamriah Jusoh.
Sungguh mencuit hati mendengar sendaloka,
gurauan adik beradik yang sederhana tapi bermakna....

Timbalan PIBG SMK Paya Besar.
Terimakasih diatas kesudian untuk hadir.

Masing-masing pulang dengan hadiah yang lumayan.
Ada yang senyum sampai ke telinga....

Lalu... bermulalah satu titik perjuangan
Yang meruntun seribu pengorbanan
Demi merealisasikan wawasan
dan transformasi pendidikan...

mengajar kita erti kebersamaan...
Maka mereka ibarat kain putih
menjadi amanah besar buat kita...
Namun... kalanya pendapat kita mungkin berbeza
Tapi itu tidak mematahkan semangat kita
untuk terus menyemai budi....

Kita tetap membina semangat baru
dalam menjalin ukhwah fillah...
Kasih kita bertaut erat
dalam mencari redha Illahi...
Hati kita tetap bersatu
tanpa mengenal erti penat dan lelah...
Kita juga ibarat satu keluarga
saling memerlukan antara kita....
Dan.... visi dan misi kita tetap utuh
menjulang SMKPB dipersada terbilang....

Setiap kisah yang tersurat
pasti ada iktibar yang tersirat...
Dan kerana itulah kita semua bersatu hati,
berganding bahu tanpa menoleh kebelakang
Demi anak bangsa...
Kerana kita sedar...
Kecuaian seorang doktor
hilang satu nyawa
Kecuaian seorang guru
rosak satu generasi...
Terima kasih teman atas persabahatan
yang telah kita bina selama ini.
FRIENDS FOREVER....
No comments:
Post a Comment