Perhimpunan pagi Isnin berjalan lancar di Dataran Ilmu.
Selesai nyanyian Negaraku, Negeri Pahang
dan Lagu Sekolah serta bacaan ikrar,
guru bertugas minggu lepas, En Moses membuat laporan.
1. Peratus kedatangan lewat masih tinggi,
pelajar dinasihati agar mengubah sikap ke arah lebih baik.
2. Menasihati pelajar agar berpakaian kemas
dan menjaga keselamatan kepada pelajar
yang menunggang motor seperti memakai topi keledar.
3. Mengurangkan ketidakhadiran ke sekolah.
4. Memastikan kelas dibersihkan sebelum
memulakan kelas.
Kemudian guru bertugas minggu ini
Pn Roa'ani Mohamed memberi ucapan.
1. Mengumumkan guru bertugas ialah beliau,
Cikgu Norlela Ismail & Cikgu W Nooraini W Mohammad.
2. Menasihati pelajar agar menjaga disiplin
dengna tidak membuat bising kerana
minggu ini ialah minggu Peperikasaan PMR
bagi pelajar-pelajar tingkatan 3.
Pelajar diminta memberi sokongan moral.
Pelajar juga dilarang menghampiri kawasan
Dewan Multaqa'. Maka untuk tujuan balik,
pelajar diminta menggunakan laluan depan surau.
3. Kepada calon-calon SPM & STPM 2010
pula dinasihatkan agar lebih bersedia kerana
peperiksaan sebenar makin hampir.
Lakukan yang terbaik untuk membaiki
pencapaian yang lebih cemerlang.
4. Menjaga kebersihan kelas walaupun
tiada pertandingan kebersihan.
Kerana suasana bersih dan ceria pelajar dapat
belajar dalam suasana yang selesa.
Maka akan wujud P&P yang berkesan.
5. Kepada pelajar tingkatan 3, jaga keselamatan diri
dan juga kesihatan kerana kedua-dua penting
untuk persediaan fizikal dan mental
bagi menghadapi peperiksaan PMR nanti.
6. Pengumuman : Kepada ahli Koperator,
satu perjumpaan akan diadakan pada hari Rabu
6 Oktober 2010 jam 2.40 petang di kelas 3KAA.
Kemudian En Mohamed b Che Ibrahim
GPK HEM, memberi ucapan.
1. Beliau mengumumkan Program ICU, iaitu
program kearah pemantapan disiplin sekolah.
Program ini untuk pelajar yang hadir lewat ke sekolah.
2. Juga pelajar yang terlalu lewat masuk ke kelas,
pastikan mereka mendapatkan slip kuning
dari GPK atau Guru Disiplin terlebih dahulu.
3. Pelajar yang belum mendaftar kenderaan (motosikal)
sila berbuat demikian dengan En Hazmi Md Din
mulai esok. Pastikan pelajar mempunyai lesen yang sah.
Seterusnya ucapan dari Tn Hj Nazli Ismail,
GPK Kokurikulum.
1. Tarikh akhir penyerahan salinan dan sijil kokurikulum
ialah pada 13 Oktober. Pelajar-pelajar diminta
mengambil tindakan segera.
2. Pelajar yang terlibat di peringkat negeri
dan kebangsaan diminta menyerahkan nama
kepada En Anuar Mohamed untuk Anugerah
Kecemerlangan Kokurikulum mengikut
kategori masing-masing.
3. Pelajar tidak dibenarkan berlegar di kelas 3 Ehsan
kerana kelas tersebut tidak digunakan.
4. Menasihati pelajar agar menjaga peralatan
seperti kerusi dan meja elok-elok kerana
tahun ini bekalan perabot adalah cukup-cukup aje.
5. Bantuan pakaian seragam untuk 2010 hanya
diberikan kepada pelajar yang mendaftar dengan e-kasih
sahaja. Pelajar miskin (pendapatan bawah RM600)
dan miskin tegar (pendapatan bawah RM400)
diminta mendaftar melalu ketua kampung masing-
masing. Sehubungan dengan itu bagi tahun 2010
hanya 2 orang pelajar sahaja yang layak
menerima bantuan. Maka pelajar yang tidak
berkemampuan diminta mendaftar dengan e-kasih
kerana bantuan-bantuan lain seperti banjir
juga melalui pendaftaran e-kasih.
6. Program Pemilihan atelit pelapis sukan menembak
akan diadakan pada jam 10.00 pagi di Dataran Ilmu.
Pelajar yang berminat boleh hadir.
Akhir sekali ucapan dari En Nandakumaran,
Pengetua SMK Paya Besar.
1. Mengumumkan bulan ini ialah Bulan Kehadiran
iaitu bagi memastikan pelajar hadir kesekolah.
Guru Kelas diminta mengira peratus kehadiran
bulanan dan memastikan ada penurunan
peratusan pada bulan hadapan.
2. Memastikan buku teks pelajar tidak
ditinggalkan. Tindakan tegas akan diambil.
3. Tandas blok E & F ditutup. Pelajar diminta
menggunakan tandas dari blok yang lagi satu.
4. Pastikan pelajar keluar kelas mempunyai
kad pas keluar.
5. Akan ada rondaan dari guru yang ditugaskan
pada setiap blok bagi mengurangkan
kadar pelajar merayau-rayau.
6. Pelajar-pelajar yang masih belum menjelaskan
Yuran Khas dan Yuran PIBG, sila berbuat
demikian dengan kadar segera.
7. Kepada pelajar-pelajar yang akan menghadapi
SPM dan STPM dinasihati agar memanafaatkan
masa di dalam kelas dengan membuat kerja
tanpa membuang masa begitu sahaja.
8. Akhirnya kepada pelajar-pelajar Tingkatan 3
SELAMAT BERJUANG UNTUK ESOK.
Majlis diakhir dengan bacaan doa dan bersurai.

No comments:
Post a Comment