Perhimpunan pagi Isnin berjalan lancar.
Seperti biasa perhimpunan dimulakan dengan
nyanyian lagu Negara ku, Negeri Pahang dan Sekolah
dan diikuti dengan bacaan Ikrar oleh semua
warga SMK Paya Besar.
Laporan oleh guru yang bertugas minggu lepas
Pn Roa'ani bt Mohamed.
1. Meminta pelajar agar memberi kerjasama kepada
pelajar tingkatan 3 yang akan meneruskan
Peperiksaan PMR minggu ini.
2. Tahap kedatangan lewat kesekolah masih tinggi.
Beliau menasihati pelajar agar lebih berdisiplin.
3. Tahap kebersihan pula agak memuaskan.
4. Sesiapa yang kehilangan seutas jam tangan
sila berjumpa dengan beliau.
Kemudian guru bertugas minggu ini
Pn Siti Masyitah mengumumkan guru bertugas
bersama beliau ialah Pn Salamiah dan Pn Sufiawati.
Beliau membaca beberapa pengumuman.
1. Perjumpaan Pengawas Pusat Sumber akan diadakan
pada hari Rabu 13 Oktober 2010
di dewan terbuka pada jam 3.00 petang.
2. Perjumpaan setiap ahli Pandu Puteri pada hari Rabu.
3. Pertandingan Bahas Kelab Pengguna akan diadakan
pada hari Rabu 13 Oktober jam 3.oo petang
di kelas 1 Cekal dan 1 Dedikasi. Pelajar digalakkan
hadir untuk menyaksikan serta memberi sokongan.
4. Guru Penasihat Kelab Catur mengucapkan
terima kasih kepada pelajar kerana sambutan
amat memberangsangkan. Pelajar diingatkan agar
menjaga buah-buah catur agar tidak hilang.
Akhirnya beliau memberi harapan agar pelajar
datang awal disepanjang minggu ini dan
memberi perhatian kepada P&P kerana
Peperiksaan Akhir Tahun akan menjelang.
Akhirnya ucapan dari Tn Hj Nazli Ismail,
GPK Kokurikulum SMK Paya Besar.
1. Mengingatkan pelajar tarih akhir menyerahkan
markah kokurikulum ialah pada hari Jumaat ini,
15 Oktober 2010.
2. Menasihati pelajar agar memberi kerjasama
menjaga prasarana sekolah seperti kebersihan
dan peralatan di tandas sekolah
dan perabot sekolah seperti tidak merosakkan
kerusi dan meja.
Majlis diakhiri dengan Bacaan Doa oleh pelajar.

No comments:
Post a Comment