Satu mesyuarat yang melibatkan semua guru
SMK Paya Besar telah diadakan jam 2.40 petang
di Bilik Gerakan Siti Khadijah.
Mesyuarat secara khusus membincangkan
tentang beberapa aktiviti yang melibatkan
penyertaan di peringkat daerah
yang akan berlangsung di Dewan Multaqa'
sekolah pada minggu hadapan.
Di kesempatan ini juga En Nandakumaran
telah memberi amanat terakhir beliau kepada
guru-guru yang hadir. Suasana hening seketika...
beliau dan guru-guru tidak dapat menahan sebak.
Berat untuk melepaskan En Nandakumaran pergi
kerana usaha yang telah beliau mulakan
di sini cukup untuk memberi semangat
kepada warga guru dan pelajar untuk
menjulang SMK Paya Besar
ke mercu kecemerlangan.
Namun kita tidak dapat melawan takdir Illahi.
Semoga Sir Nanda sukses selalu walau
di mana beliau berada....
No comments:
Post a Comment