Perhimpunan pagi Isnin berjalan lancar.
Dewan Multaqa' digemakan dengan
Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Pahang
dan Lagu Sekolah.
Seterusnya diikuti dengan Bacaan Ikrar
Rukun Negara dan Ikrar Sekolah.
Laporan guru bertugas sebelum cuti
oleh Cik Nita Nor Azrina.
1. Menasihati pelajar agar lebih fokus terutama
pelajar yang akan menduduki peperiksaan
PMR, SPM dan STPM 2011.
2. Tahap kebersihan sederhana.
3. Membuat teguran kepada pelajar agar
turut menjaga kebersihan kantin
ketika waktu rehat dengan memasukkan
pinggan cawan ke dalam besen yang disediakan
selepas menggunakannya. Bermula hari ini
denda 50 sen akan dikenakan kepada
sesiapa yang meninggalkan pinggan
dan cawan merata-rata.
4. Juga teguran kepada pelajar yang bermain
mercun semasa minggu akhir persekolahan yang lalu.
5. Memaklumkan Pusat Sumber Sekolah akan
ditutup untuk p&p bermula hari ini,
esok dan lusa untuk tujuan kiraan stok.
PSS hanya akan dibuka waktu rehat dan
selepas sekolah untuk proses peminjaman
dan pemulangan buku pelajar.
6. Pelajar yang masih tidak mempunyai
kad perpustakaan boleh mendapatkannya
dari Cik Nita Nor Azrina.
Ucapan guru bertugas minggu ini oleh
En Kamarudin Abd Ghani.
1. Memaklumkan guru bertugas selain beliau
ialah Pn Wan Norihan Wan Ismail,
Pn Noor Adilah Abd Wahab, Pn Rizma Saion
dan Pn Wan Nor Akemarini Wan Hanafi.
2. Mengharapkan agar tahap disiplin dan
kesihatan pelajar lebih baik untuk minggu ini.
3. Membaca beberapa pengumuman iaitu
a. Perjumpaan Pengawas PSS pada hari
Selasa, 14 Jun 2011 jam 3 petang
bertempat di PSS.
b. Tawaran kepada pelajar agar dapat
menghantar artikel untuk majalah sekolah.
c. Pelajar tingkatan 5 diminta menyerahkan
gambar ukuran pasport kepada JK Majalah Sekolah.
Ucapan oleh Pn Hjh Junaidah Jalil berkaitan
dengan Hari Koperasi Sekolah
yang akan diadakan pada Rabu 29 Jun 2011.
Ucapan oleh En Hasbullah Abd Latif.
Beliau mengumumkan tentang beberapa
pertukaran guru telah berlaku.
Ucapan tahniah untuk Tn Hj Nazli Ismail
kerana telah dinaikkan pangkat
sebagai Pengetua di SMK Chini 1, Pekan.
Turut bertukar Pn Soh Sew guru kaunselor
ke SMK Tanah Putih.
Dan yang amat mendukacita dan mengejutkan
En Nandakumaran, Tuan Pengetua, juga
bertukar sebagai pengetua di SMK Air Putih.
Sekolah juga menerima kedatangan
seorang guru baru En Kamar Ludin Soleh.
Selamat menjadi warga SMK Paya Besar.
Majlis perhimpunan diteruskan dengan
majlis penyampaian hadiah
kepada guru-guru yang mendapat
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010.
Seramai 7 orang guru termasuk seorang staff.
Tahniah kepada mereka....
En Hasbullah turut mengumumkan
1. Aktiviti Kokurikulum untuk hari Rabu
15 Jun 2011 akan dikendalikan oleh
Kelab PNB.
2. Larian 1Murid, 1Sukan, 1 Malaysia akan
diadakan pada hari Sabtu 2 Julai 2011.
3. Jadual waktu baru berkuatkuasa hari ini.
Beliau menasihati pelajar agar belajar
bersungguh-sungguh dimana untuk
penggal dua ini pelajar akan
lebih fokus kepada aktiviti akademik.
Ucapan oleh En Nandakumaran
Pengetua SMK Paya Besar.
1. Melahirkan rasa terkejut dan sedih
diatas pertukaran kerana beliau
baru sahaja bertukar ke sini.
Bagi beliau, masih belum tercapai lagi
visi dan misi sekolah yang telah dirancang
bersama-sama dengan tenaga pengajar disini.
2. Mengucapkan tahniah kepada guru dan staf
yang mendapat anugerah APC 2010
dan pelajar Yusuf kerana berjaya mewakili Pahang
dan Pertandingan Chatur baru-baru ini.
3. Memaklumkan pelajar tingkatan 3, 5
& Prauniversiti yang tidak menduduki
peperiksaan setengah tahun agar menjawab
soalan-soalan tersebut dalam tempoh seminggu.
4. Mengucapkan terima kasih diatas
kehadiran pelajar tingkatan 3 & 5 sewaktu
kelas bimbingan masa cuti. Pelajar turut
dinasihatkan menggunakan Program Skor A
sebagai bahan ulangkaji.
5. Rombakan kelas tingkatan 3. Satu
kelas khas akan diujudkan untuk pelajar
yang lazim tidak hadir ke sekolah,
ponteng kelas, tidak buat kerja rumah,
tidak membawa buku teks dan
terlibat dengan disiplin yang mengganggu
rakan pelajar lain dalam kelas.
6. Memperkenalkan program 1MBU iaitu
1Minggu, 1Bab, 1Ujian.
7. Kepada pelajar Prauniversiti, 3 dan 5
diminta menyerahkan tugas akhir bulan ini.
Selepas itu pelajar dikehendaki fokus
kepada aktiviti akademik.
8. Akhirnya beliau menasihatkan pelajar
agar menjadikan Kebersihan sebagai
Budaya Kita.
Majlis berakhir dengan Bacaan
Tasbih Kifayah dan Surah Al-Asr.
No comments:
Post a Comment