Bertempat di Bilik Gerakan Siti Khadijah
telah diadakan Bengkel Matematik Tambahan
From Zero to Hero yang melibatkan
28 orang pelajar calon berpotensi lulus SPM 2011.
Ucapan aluan oleh En Nandakumaran
Pengetua SMK Paya Besar.
Sesi jaringan perkongsian telah
dikendalikan oleh Pn Khor Got Hun
Guru Cemerlang Matematik Tambahan
dari SMK St Thomas.
Pelajar telah didedahkan dengan
teknik-teknik menjawab dengan betul.
Manakala baki 31 orang pelajar calon potensi
cemerlang turut mengikuti bengkel di Bilik Sidang.
Dikesempatan yang ada En Hasbullah b Abdul Latif
GPK Pentadbiran SMK Paya Besar
turut memberi kata-kata semangat dan nasihat
kepada pelajar-pelajar.
Di sesi penutupan semua calon-calon
Matematik Tambahan 2011 mendengar
amanat dari En Nandakumaran.
Beliau meletakkan harapan yang tinggi
agar sesi perkongsian yang diadakan
dapat dimanafaatkan sepenuhnya oleh pelajar
dengan indikatornya pelajar menunjukkan
perubahan prestasi keputusan peperiksaan
yang lebih baik untuk Peperiksaan Percubaan
Setengah Tahun nanati.
Pihak sekolah khususnya Panitia Matematik Tambahan
mengucapkan jutaan terima kasih kepada
Pn Khor Got Hun diatas kesudian beliau
menwujudkan jaringan kerjasama
dalam sesi perkongsian pengalaman ini.
Majlis berakhir dengan bacaan doa penutup
oleh saudara Nasrul Hidayat Nahar.
Semoga apa yang diusahakan akan membuahkan
hasil yang cemerlang.
SMK PAYA BESAR TOP 5 !!!
No comments:
Post a Comment