Perhimpunan pagi Isnin berjalan lancar.
Laporan guru bertugas minggu lepas
Ustaz Mohd Izzuddin Che Ismail.
Menegur pelajar tentang lewat ke sekolah,
keselamatan jalan raya seperti
pemakaian topi keledar dan mengayuh
basikal dalam keadaan yang membahayakan.
Juga disentuh tentang kebersihan kelas
dan amalan ponteng yang tidak sihat.
Kelas terbersih ialah kelas 3 KAA & 5 Syumul.
Ucapan bertugas minggu ini En Zamzuri Ahmad.
Memaklumkan guru lain yang bertugas ialah
En Mohd Jamali Abdullah, Pn Fazlina Saffri,
Pn Norlina Abd Rahim & Pn Siti Mashitah.
Beliau mengharapkan ada kemajuan dari
pelajar selepas guru bertugas memberi
teguran dengan keadaan minggu ini
lebih baik dari minggu lepas. Seterusnya
beberapa pengumuman dibaca.
1. Perjumpaan ahli kadet polis yang akan
mengikuti perkhemahan petang ini jam 2.45
di Dewan Terbuka.
2. Perjumpaan ahli puteri Islam pada petang
ini jam 2.40 di Surau Al-Hikmah.
3. Aktiviti Kokurikulum minggu ini pada hari
Rabu ialah untuk Unit Pakaian Seragam.
Ucapan En Nandakumaran P
egetua SMK Paya Besar.
Beliau mengulas tentang keputusan
Ujian 1 2011. Keputusan Tingkatan 1, 2
& 3 agak merosot manakala Tingkatan 4 & 5
agak memuaskan. Pelajar dinasihati agar
lebih bersungguh-sungguh. Senarai nama
pelajar yang tidak menghadiri ujian akan
dikumpulkan untuk tindakan.
2. Menasihati agar tidak ada amalan
membuku di kalangan pelajar. Beliau
mengumumkan pertandingan melukis
poster bagi tingkatan 1, 2 & 3.
Tingkatan 1 - Poster Antibuli
Tingkatan 2 - Poster Keselamatan Jalan raya
Tingkatan 3 - Poster Antiponteng
3. Menasihati pelajar agar menjaga keselematan
diri dengan menggunakan kemudahan
jejantas yang disediakan.
4. Memaklumkan perjumpaan dengan pelajar
high risk ponteng pada hari Rabu ini.
Perhimpunan berakhir pada jam 8.20 pagi.
No comments:
Post a Comment